Anwar Kemaruk Kuasa, Kata Wan Saiful

 

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan membidas hasrat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengambil tindakan mahkamah bagi mencabar perisytiharan darurat.

Beliau berkata, tindakan Anwar yang juga presiden PKR itu bukan dibuat atas kepentingan rakyat, tetapi sekadar cubaan terbaharu untuk merebut kuasa.

“Selepas mengaku mendapat sokongan yang ‘kuat dan meyakinkan’ untuk kesekian kalinya, kali ini nak bawa kerajaan ke mahkamah pula.

“Masih tak habis-habis nak rampas kuasa. Dah terlupa agenda rakyat sebab mengejar jawatan?” tanya Wan Saiful kepada Anwar dalam catatan di Facebooknya.

Wan Saiful berkata, perisytiharan darurat boleh melegakan rakyat kerana “orang politik sepatutnya kurangkan politik, boleh tumpu usaha bantu rakyat yang dilanda banjir dan Covid-19”.

Namun, Anwar, katanya, “masih tak habis-habis nak rampas kuasa”.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang akan menggunakan saluran mahkamah bagi mencabar tindakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengusulkan darurat untuk memerangi Covid-19.

Selain itu, Anwar turut menggesa semua Ahli Parlimen merayu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan perisytiharan darurat.

Dalam pada itu, Wan Saiful menggesa Anwar tidak bercakap kosong, sebaliknya mengemukakan cadangan bernas untuk membantu kerajaan memerangi Covid-19.

“Kalau ada pandangan lebih baik, cuba sebut apa cadangan itu, bukan cakap kosong saja.

“Cadangan yang lebih baik satu pun tak ada, tapi tak habis-habis dengan cita-cita peribadi,” katanya.

Selasa lalu, Agong mengisytiharkan darurat dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikawal dengan berkesan lapor FMT

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Betul, anwar kemaruk kuasa kerana kerajaan melayu islam PN mesti diganti sebab GAGAL mengawal kemaraan covid. Rakyat kena curfew tapi menteri dan vvip merayau merata tempat buat jamuan beramai pula tu. Masih dok kempen politik masa covid tengah merebak sakan.

    ReplyDelete
  2. Berapa Anwar belanja duit rakyat untuk bawak salah guna kuasa pengisytiharan darurat oleh Muhyiddin. RM 35 juta ?

    Ada kah Tuanku Agong yang akan di bicarakan atau Muhyiddin..?

    Biar kemaruk kuasa dari salah guna kuasa.

    ReplyDelete
  3. Agak mengecewakan bila membuat permohonan I-Sinar baru-baru ini..kerana memerlukan surat sokongan agar boleh dapat duit sendiri. Namun apabila di buat semakan pada rakan-rakan yang berkerja dengan syarikat-syarikat yang berkaitan GLC antara dari ribuan sayarikat GLC iaitu PETRONAS dan TELEKOM MALAYSIA ..boleh dikatakan hampir 98% permohonan I-SINAR dari pekerja-pekerja yang bekerja dlam syarikat-syarikat GLC permohonan mereka di LULUSKAN oleh KWSP tanpa perlu menyertakan atau melampirkan sekali surat sokongan..sedangkan mereka yang berkerja di syarikat yang dinyatakan tidak terjejas dengan apa-apa jua pemotongan atau pengurangan gaji..malah mereka-mereka ini mempunyai gaji yang agak besar malah layak pula mendapat I-Sinar..

    Sedangkan mereka-mereka yang bekerja dengan syarikat YANG BUKAN GLC apa bila membuat permohonan terus di minta menyediakan dan perlu melampirkan surat sokongan..nak tanya ADIL KAH begitu KWSP dan kerajaan? Apa alasan nya permohonan mereka berjaya ..Adakah syarikat- syarikat GLC ini banyak beri sumbangan dana kepada kerajaan Malaysia ke? Hingga pekerja-pekerja syarikat-syarikat GLC memperolehi keistimewaan kelulusan permohonan I_SINAR dari KWSP dengan mudah je? Atau ada perjanjian kah antara KWSP dengan syarikat-syarikat GLC?

    Harap ada penjelasan yang telus dari KWSP

    ReplyDelete
  4. Habistu langkah Sheratin bukan gila kuasa ker... puak2 ni jenis ludah setepek kena kat muka sendiri.. Bodoh punya Pengkhianat

    ReplyDelete
  5. Kemaruk kuasa..baru boleh berkuasa..Orang politik memang perlukan kuasa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post