Betulke Akaun Twitter MCMC Diceroboh Tu?

 

SKMM dalam satu kenyataan melalui Jabatan Komunikasi dan Korporat SKMM semalam telah mendakwa Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Rentetan dari itu akaun tersebut telah digantung buat sementara dalam kenyataan itu jugaSKMM memaklumkan mesej mencurigakan melalui akaun itu tidak dikeluarkan oleh SKMM. 

"Orang ramai dinasihati agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan," kata kenyataan itu.

Betul ke akaun diceroboh tu? 

Langsung tak munasabah dakwaan tu.. sebab ciapan-ciapan lucah, sumbang, mengancam atau jelik sifatnya itu dibuat beberapa tahun lepas.''

Kalau akaun tersebut diceroboh sekalipun, adalah mustahil untuk ‘back-date’ mana-mana ciapan..

Hmmm... nak perbodohkan siapa ni??

Baca ni..

Seorang lelaki bernama Nazrul Hakim, berusia 22 tahun yang tinggal di Pahang tampil memberitahu bahawa dia adalah pemilik asal akaun berkenaan sebelum menjualkannya kepada seorang pihak ketiga. 

Individu yang membeli akaun itu kemudian dikatakan telah menjualkannya kepada pentadbir halaman Twitter rasmi MCMC. 

 "Akaun Twitter itu mempunyai pengikut sekitar 50,000 ketika itu. Jadi ada seseorang yang tawarkan untuk beli akaun itu daripada saya," katanya. 


Nak tahu berapa RM harga dia jual akaun tu?... lihatlah di SINI 

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post