Cabar Darurat: Kenapa Anwar Tak Dengar Pendapat MP Sendiri?

 

Dalam satu hantarannya di Facebook semalam 17hb, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar perisytiharan darurat yang disifatkannya tidak berasas.

Langkah itu menyusul selepas tindakannya menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membatalkan perisytiharan darurat dan sidang Parlimen diadakan sebelum 31 Jan ini.

“Saya sudah mengumumkan hasrat kami untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertahankan Perlembagaan dan rakyat daripada penyalahgunaan kuasa amat dahsyat ini.

“Juga, pasukan undang-undang kami sudah diarah menyiapkan permohonan untuk mencabar perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas perisytiharan darurat yang tidak berasas,”

Anwar juga berkata, perisytiharan darurat secara semborono dan terdesak, tanpa asas rasional, menyebabkan wujud jurang antara rakyat dan kerajaan.

Tambah beliau lagi, kepercayaan terhadap Muhyiddin semakin hilang setiap hari seperti yang ditunjukkan beberapa Ahli Parlimen menarik balik sokongan mereka terhadapnya.

“Bolehkah kepercayaan dirayu walaupun sudah jelas darurat ini tiada kaitan dengan memerangi pandemik berbanding berpaut kepada kuasa yang, kita perlu ingat, dicapai melalui kerajaan pintu belakang tidak sah?

“Adakah kita harus mempercayai kata-kata individu yang mengkhianati perdana menterinya, partinya (dan gabungannya), serta kepercayaan dan mandat rakyat?” soalnya.

Persoalannya di sini.. siapakah yang telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil tindakan mencabar peristiharan darurat ini?

Peguam-peguam Parti ataupun individu-individu yang muncul keliling Anwar Ibrahim mendakwa merekalah pejuang sebenar KEADILAN setelah PRU14 yang lalu?.. (Setelah BN berjaya ditumbangkan)

Kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendengar pandangan dari YB Hassan Abdul Karim,Ahli Parlimen Pasir Gudang dari KEADILAN yang juga seorang Peguam? yang jelas mengatakan  proklamasi ini tidak boleh dicabar di Mahkakah?

Petikan dari ulasan beliau..

"Ampun Tuanku, saya nyatakan pendirian saya secara jujur dan ikhlas. Tiada niat untuk menghasut atau menderhaka"

Tetapi bolehkah perisytiharan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu dicabar di mahkamah undang-undang?

Dengan rasa sedih tetapi demi ketelusan dan bersikap luhur, saya nyatakan apa yang Perlembagaan Persekutuan peruntukan di bawah Perkara 150 (8)(a) dan (b) seperti di bawah ini:

Fasal (8)(a):

“hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan;” dan

Fasal (8)(b):

“tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan-

(i) Sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1); “

Kesimpulannya, dari segi undang-undang, peruntukan Perkara 150(8)(a) dan (b) telah menyelamatkan Kerajaan Darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila Proklamasi Darurat yang diumumkan semalam 12 Januari 2021 tidak boleh dicabar di Mahkamah.

Kenapa agaknya??

Pendapat dari Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusof lihat di SINI

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Memang pun semua tahu tak boleh di cabar. Tapi itu hanya salah satu cara menyampaikan kekeciwaan. Bukan kah Tuanku Agong boleh batalkan setelah melihat kemudaratan tindakan Muhyiddin?

    Harap begitu lah

    ReplyDelete
  2. Apa yang rakyat mendapat keuntungan hasil cabaran mahkamah tersebut??..jawapanya zero.. ianya satu perbuatan yang sia sia demi kegilaan nafsu politik tembolok. Di mana harga diri dan integriti PKR yang sanggup bersekongkol dengan kluster perompak dan penyamun umno. Sudah sudahlah wahai kluster gila kuasa menyusahkan . Tunggulah PRU 15 jika kamu yakin rakyat bodoh masih memberi mandat kepada pakatan kencing dan hancing kamu

    ReplyDelete
  3. Biarlah pendemik ini reda dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post