KERAJAAN Perancis menyarankan rakyatnya menggunakan pelitup muka perubatan bagi melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19.
Menteri Kesihatan Olivier Veran mendakwa, penggunaan pelitup muka jenis fabrik kurang berkesan menangani kesan penularan virus.
"Saranan saya kepada rakyat Perancis ialah, tidak lagi menggunakan pelitup muka fabrik," katanya kepada stesen penyiaran TF1 pada Khamis.
Perancis sudah mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam.
Namun masih belum membuat ketetapan jenis pelitup muka apakah yang harus digunakan.
Ia susulan kebimbangan penularan jangkitan dalam komuniti susulan varian baharu COVID-19 yang didakwa pantas menular.
Perancis kini merekodkan lebih 71,000 kematian sejak pandemik bermula.
Sekolah masih dibuka dan perniagaan tidak penting juga masih dibenarkan beroperasi.
Bagaimanapun, Pegawai Kesihatan Awam Perancis mengesan kenaikan kadar penularan dalam beberapa hari terakhir dan ia disebabkan varian baharu COVID-19.
Laporan dipetik dari AstroAwani
Minta kerajaan serius sikit dalam menangani pandemik c19. Pkp2.0 mcm ala kadar. Sektor yg menyumbang peningkatan tinggi jangkitan masih beroperasi. Tiada lagi sanitasi awam secara besar2an spt dulu.
ReplyDeleteNegara luar memerhati. Pelabur luar memerhati. Jika tiada usaha yang radikal dan spesifik umpama menunjuk kelemahan kita kepada mereka.
Tolong serius sikit. Angka makin meningkat dan begitu juga kematian. Rakyat risau dgn di mana keprihatinan kerajaan atas usaha spt pkp1.0 dahulu.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!