Dr. Ali Meninggal Bukan Sebab Terlampau Penat

 


Dalam satu perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook lewat malam Selasa, SPJM mendakwa seorang doktor yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya menghembuskan nafas akhir dipercayai akibat terlampau penat dengan bebanan tugas yang dipikul. 

Menurut SPJM, Dr Ali yang juga ahli SPJM jatuh sakit setelah kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirahat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19. 

"Beliau tertidur ketika bertugas dan akhirnya pengsan," katanya.

Dalam perkongsian itu, SPJM turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Bagaimanapun dakwaan mereka itu dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia disebabkan pendarahan dalam otak dan bukan akibat terlampau penat dengan beban tugas. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arwah yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras mengalami penyakit 'aneurysm' dalam otak dan disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu. 

"Beliau dikesan mempunyai penyakit lain dan tiada kaitan dengan kelesuan bekerja. Ujian Covid-19 adalah negatif," katanya kepada Harian Metro. 

Harian Metrojuga melaporkan seorang Wanita menggunakan akaun nama Asilah Alqarny dipercayai isteri kepada petugas kesihatan tersebut melalui laman facebook miliknya turut menegaskan kematian suaminya adalah disebabkan 'Acute Respiratory Distress' dan bukan disebabkan Covid-19 atau kepenatan bertugas melawan pandemik itu.


Kuala Lumpur: 'Beliau banyak bersedekah, setiap hari walau sedikit. Damailah di sana wahai suamiku,".

Demikian luahan seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan di Facebook miliknya.

Wanita menggunakan akaun nama Asilah Alqarny turut menegaskan kematian suaminya disebabkan 'Acute Respiratory Distress' dan bukan disebabkan Covid-19 atau kepenatan bertugas melawan pandemik itu.

"Tiba-tiba banyak dapat request friend (permintaan rakan) sebab sudah viral (tular), ramainya yang mendoakan arwah suami Dr Ali Noor Hassan. Beribu-ribu orang share (kongsi) dan doakan dia. Alhamdulillah," tulisnya.

Menurutnya, suaminya banyak terbabit dengan aktiviti jemaah tabligh dan memeriksa pesakit percuma ketika Ijtimak Tabligh.

"Tidak berkira kerja dengan kawan dan dia antara yang suka ziarah sahabat serta saudara sakit. Ramai yang mesej Dr Ali antara orang pertama melawat apabila kawan kawan tak sihat," katanya... laporan penuh sila baca di SINI

Memandai-mandai pulak SPJM tu... kan dah jadi berita palsu.. 

Apapun.. bersamalah kita mendoakan semoga ALLAH SWT menerima segala amal kebajikan beliau ,mengampuni segala dosanya yang lampau dan tempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang beriman..

Salam takziah buat ahli keluarganya

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post