Sumber dalaman politik berkata, pemimpin parti Pejuang yang diketuai Mahathir, berserta Amanah, DAP, Warisan dan Muda, kini menimbangkan pro dan kontra sebuah gabungan baru.
DAP masih tidak pasti sama ada ia mahu dikaitkan dengan Pejuang yang dipimpin oleh Mahathir atau kekal dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Gabungan DAP dengan Mahathir mungkin meminggirkan ramai pengundi Cina, kata sumber dalaman DAP.
“Mereka yang berusia 60 tahun ke atas mungkin masih memilih DAP, tetapi pengundi berusia 50 tahun ke bawah mungkin tidak menyokong langkah itu,” katanya kepada FMT.
“Sekiranya mereka kekal bersama PKR di bawah Anwar, orang Cina akan memberi sokongan kerana mereka tidak mempunyai masalah dengan parti itu,” katanya.
Beliau berkata, orang muda kecewa dengan tindakan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020, dan ramai yang percaya undi mereka tidak dihormati.
Beliau berkata, bagi Amanah pula, parti itu masih berpecah dengan beberapa pemimpin menyokong Mahathir dan selebihnya menyokong Anwar.
“Sekiranya Amanah membenarkan Pejuang menggunakan logo mereka, parti itu tahu bahawa ia hanya akan berjaya sekiranya parti lain turut menyertai gabungan tersebut.”
Pejuang, yang mempunyai empat Ahli Parlimen dan gagal didaftarkan sebagai parti politik baru-baru ini berkata, pihaknya mungkin akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo Amanah.
Timbalan presiden protem Pejuang, Marzuki Yahya mengesahkan perkara itu.
Pemimpin Amanah juga mengesahkan idea itu dikemukakan, tetapi belum ada perbincangan rasmi mengenai perkara tersebut.
Sumber itu berkata, Warisan akan mengikut Mahathir.
“Mereka akan menyokong Mahathir dalam PRU15 dan bagi Muda, mereka menggesanya,” katanya kerana Muda dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dianggap sebagai “anak emas” Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Gabungan besar sepatutnya terdiri daripada PKR, Umno, DAP, GPS
Penganalisis politik Awang Azman Pawi berkata, empat parti politik dengan penyokong akar umbi terkuat adalah PKR, Umno, DAP, dan GPS.
“Mereka mempunyai pengalaman dan sokongan akar umbi. Mereka juga tahu bagaimana untuk mengendalikan akar umbi mereka,” tambahnya.
Beliau berkata, sekiranya keempat-empat parti itu membentuk sebuah gabungan besar, mereka dapat menawan Putrajaya dengan mudah, dan parti “lebih kecil atau parti nyamuk” akan terkubur.
Awang Azman juga berkata, selain Mahathir, tiada jaminan Pejuang akan memenangi sebarang kerusi pada PRU akan datang kerana parti itu masih baharu.
Bagi DAP, sebilangan ahlinya yang berterima kasih kepada Mahathir kerana memberikan jawatan Kabinet mungkin akan terus menyokongnya, tetapi parti itu mungkin tidak mendapat sokongan pengundi Cina.
v
Berhubung penggunaan logo Amanah, beliau berkata, strategi itu mungkin gagal kerana parti itu masih kekurangan ahli akar umbi.
PEMIMPIN UMNO DATANG DAN PERGI DAN UMNO BUKAN PERISAI MAHATHIR KALI INI. CUKUP CUKUP LAH UMNO DIPERGUNAKAN OLEH TUN
ReplyDelete#UMNO - tidak sesekali akan tunduk, melutut atau dipatahkan.
UMNO selepas 1988 bukan lagi UMNO demi agama bangsa dan negara. Ia hanya UMNO demi Mahathir. Ia perisai Mahathir.
Selepas tekanan 1998 pun begitu. UMNO demi Mahathir. Tanpa rela, UMNO pindah ke tangan Pak Lah. Dengan syarat tetap tunduk kepada Mahathir.
Pembebasan Anwar dan kekalahan Mukhriz dalam pemilihan Ketua Pemuda sebabkan Mahathir keluar UMNO. Akibatnya UMNO kalah di Selangor, Perak dan Penang. Pak Lah mengalah.
4 April 2009, sehari selepas Najib angkat sumpah Perdana Menteri, Mahathir masuk balik UMNO. UMNO kembali menjadi perisai Mahathir.
Najib berjaya harungi PRU13. Walaupun berjaya ambil semula Perak, tetapi gagal tawan Selangor dan Penang. Najib juga gagal kembalikan kegemilangan 2004 dengan majoriti 2/3. Tak mengapa. Paling penting kes liwat 2 berjaya kembalikan Anwar ke penjara - cukup untuk melegakan Mahathir.
Kekalahan kedua Mukhriz dalam pemilihan Naib Presiden adalah titik punca. Mahathir mulakan langkah kembalikan nostalgia 2008. Najib didesak turun. Kemuncak adalah 2016 dengan Mahathir isytihar keluar UMNO - untuk kesekian kalinya. Kali ini Mukhriz ikut serta. Mereka tubuh PPBM.
Keengganan Najib untuk turun takhta UMNO sebabkan UMNO perlu dipatahkan. UMNO sudah tidak boleh jadi perisai Mahathir. UMNO perlu dikalahkan.
2018, UMNO dan BN kalah. Ini tidak cukup. UMNO perlu dikuburkan. PPBM adalah alternatif kepada UMNO. Itu hasrat Mahathir.
Tetapi UMNO sekali lagi degil. Untuk tunduk dan melutut kepada Mahathir. Kali ini di bawah Zahid.
Tapi masa tak panjang.
Bukan salah UMNO, Anwar dibebaskan. Bukan salah UMNO, Anwar jadi MP Port Dickson. Bukan salah UMNO, Anwar mahu jadi Perdana Menteri. Mahathir jatuhkan diri sendiri untuk halang Anwar, pun bukan salah UMNO.
Sejak 1988 UMNO bukan lagi demi agama, bangsa dan tanahair. UMNO adalah demi Mahathir.
Tetapi, UMNO kini kekal tidak akan tunduk, melutut atau mengaku kalah. UMNO tidak lagi mahu jadi perisai kepada Mahathir. Terlalu banyak bayang-bayang menghantui Mahathir.
Sebab itu UMNO dan siapa sahaja yang enggan ikut kemahuan Mahathir akan terima pelbagai musibah.
Tetap, "unbowed, unbent, unbroken".
Bukan pernah diwar warkan bahawa slogan atau chanting "No Anwar No DAP" sudah bertukar kepada "No proxy PPBM no proxy Mahathir?"
Celaka lah kali ini..
Wallahua'lam bissawab.
Ala biasa la... dier rasa dier hebat... camtue la..
ReplyDeleteC++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!