Memetik sumber, The Malaysian Insight melaporkan, ia difahamkan tindakan tersebut bagaimanapun hanya mengakibatkan kemarahan pimpinan UMNO, bukan melegakan hati mereka.
Menurut laporan itu lagi, kemarahan itu berkemungkinan besar memandangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sudah pun membuat ketetapan untuk mengkaji semula hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Selain itu, hubungan antara dua parti tersebut semakin renggang selepas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjadi ahli Parlimen kedua UMNO menarik balik sokongan secara rasmi dari Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Hisham akan menjadi Timbalan Perdana Menteri secepat mungkin,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight lagi.
Seorang sumber lain bagaimanapun memaklumkan kepada portal itu bahawa, cadangan itu sudah dibuat, namun masih belum dimaklumkan kepada komponen Perikatan Nasional yang lain.
Menurut portal itu lagi, sekiranya Hishammuddin dilantik sebagai orang nombor dua dalam Kerajaan Persekutuan, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin kanan yang lain, seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional, dan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Selain itu, beberapa pemerhati menganggap tindakan itu mungkin bakal memakan diri memandangkan Hishammuddin, yang juga Menteri Luar, dilihat tidak berapa selari dengan pendirian dan aspirasi pimpinan kanan UMNO seperti Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan dipetik dari AstroAwani
Yidin dan sekutu gelojoh sangat nak ambil alih kuasa. Allah hadiahkan dgn Covid. Sekarang apa dah jadi? Berserabut. Ambik ko......
ReplyDeleteAllah hadiah covit satu doonia... sumpah laknat bossku donal trump pun menligkup dari kerusi presiden..
ReplyDeletekikikiki..
Betul tu. Ni lah akibat berani buat sumpah laknat tipu. Mak dia pun mati. Banjir kat pahang..adeii
DeleteTeringat dulu peguam ni buat siri jelajah kes jubor nuwar atas arahan najib. Memang berkesan..penerangan peguam ni sangat jelas dan mudah difahami.kehkeh
ReplyDelete"Malaysia negara bebas, asal tidak sebar fitnah cukuplah, dan saya yakin dia (Muhammad Shafee) tidak sebar fitnah," katanya.
Semalam, Muhammad Shafee mengadakan siri jelajah dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah di Permatang Pauh, bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat II terhadap Anwar.
Ceramah tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Anon jan 11 432pm
ReplyDeleteDua kali baca komen kau pasal kematian emak DSNR. Hormat lah sikit kpd arwah walaupun kau benci sangat dgn DSNR.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!