Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi

 

Abdul Hadi yakin ketidaktentuan politik negara dijangka membuatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertambah kukuh kerana tiada parti mempunyai majoriti bagi membentuk Kerajaan Pusat baharu.

ALOR SETAR: Perbalahan yang dilihat berlaku membabitkan PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dianggap sebagai urusan dalaman parti, yang diyakini mampu diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tiga parti Melayu berkenaan kini menerajui kerajaan dan hanya pihak luar yang menganggap berlaku ketegangan dalam kalangan pemimpinnya ketika ini. 

"Kami sudah berkeluarga sekarang, dalam satu rumah semua parti Melayu Islam. Kita utamakan perpaduan Melayu Islam dan pada masa sama masyarakat majmuk di negara ini juga bersama kita. 

"Keadaan (perang mulut pemimpin) UMNO, PAS dan BERSATU adalah urusan dalam rumah, orang dengar bising kerana kita hendak alih perabot, masalah akan selesai nanti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama peladang di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini, hari ini. 

Yang turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim dan Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman. Abdul Hadi yakin ketidaktentuan politik negara dijangka membuatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertambah kukuh kerana tiada parti mempunyai majoriti bagi membentuk Kerajaan Pusat baharu. 

"PAS kekal tetap mempertahan kerajaan PN dan memperkasa Muafakat Nasional (MN), sehingga hari ini kita menganggap kerajaan PN masih kukuh dan kuat. 

"Ini kerana semua parti tidak boleh tubuh kerajaan. UMNO tidak boleh terima DAP, DAP tidak boleh terima UMNO, Tun (Dr Mahathir Mohamad) tidak terima (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), Anwar tidak terima Tun," katanya. 

Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara PN dan MN, beliau menjelaskan ia belum diputuskan lagi berikutan tarikh PRU-15 belum diketahui dan keadaan ketika ini juga dilihat tidak sesuai diadakan pilihan raya. 

"Bila tahu pilihan raya bila kita tentukan (pembahagian kerusi), ia boleh berubah dan kita akan ikut kesesuaian, namun apa pun kita akan serah pada Pusat untuk tentukan. 

"Keadaan juga tidak sesuai, masih dalam suasana COVID-19, usaha menyelesaikan mangsa banjir juga tidak selesai lagi. Biar selesai semua baru kita fikir adakan pilihan raya," katanya lapor Berita Harian

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sampai ada keluar rumah pun masih kukuh ?

    Mana pulak alih perabot... depa berebut kerusi .. dalam praya tak sebut perabot Marang di menangi oleh ... hihihi

    ReplyDelete
  2. Alih perabot kepala hotak kau. Kamu geng perompak tebuk atas, sedang berebut hartalah bodoh!

    ReplyDelete
  3. Perabut meja nak hidang gulai kawah nak letak kat mana lebai.

    ReplyDelete
  4. Buat masa ni eloklah tsmy mengemudi negara bersama barisan menterinya yg tak terpalit skandal jenayah rasuah dan moral seks liwat. Rakyat bersama mereka. Takkan la nak ubah kpd kerajaan penyamun plak takpun kpd kerjaan bapak luar tabie. Ye tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post