#SiBodohKauDengarSini Trending Di Twitter



Gara-gara kecewa dengan waktu operasi kedai makan semasa perintah kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0) menyebabkan hashtag #SiBodohKauDengarSini menjadi sohor kini di Twitter

Segalanya bermula apabila seorang pengguna akaun Twitter @farhanazahan merungut sudah dua kali tidak dapat makan malam kerana tidak dapat membuat pesanan makanan.

Farhan juga mengadu dia bukanlah seperti menteri yang memiliki pembantu rumah untuk menyajikan makanan setelah pulang dari bekerja.

Di bawah peraturan PKP, restoran atau kedai makan mesti menamatkan operasi pada pukul 8 malam. Ini bermaksud perkhidmatan penghantaran makanan tidak lagi menerima pesanan seawal jam 7.20 malam.

Namun pengguna twitter lain @ puterirajaawan membalas rungutan itu dengan mengatakan orang ramai tidak sepatutnya mengeluh, sebaliknya boleh membeli makanan lebih awal dan memanaskannya keesokan harinya.

"You tau you balik kerja lambat, you order lah one day before lepas tu letak la dalam fridge. Esok reheat je lah. If theres a will theres a way bro," ciapnya.

Pendapat itu menimbulkan kemarahan pengguna akaun @yarafaee_ yang menulis "Si bodoh, kau dengar sini" bagi meluahkan perasaannya.

"Orang balik kerja tak ada masa nak masak sebab awal pagi esok dah kena pergi kerja balik," tulisnya.

Ciapan itu mendapat lebih daripada 60,000 ulang ciap dan 16,300 tanda suka dalam sehari.

Fathi Aris Omar kata.."Tanda pagar ini menduduki senarai teratas topik perbincangan. Teringat saya #kangkung yang memecahkan laluan internet negara kita dulu."

"Tidak mudah membentuk pendapat umum, "manufacturing consent", lagi ketika media sudah terbuka."

"Rakyat sentiasa perhati gelagat pemimpin. Memang kita boleh nafi dampak suara-suara ini. Dan selalunya pula, ketewasan orang berkuasa bermula dengan penafian dan sindrom sangkalan, denial syndrome. 

"Saya tidak kata suara ini mewakili pengundi. Tetapi sebagai pemerhati, saya suka jika orang politik boleh mengandaikan suara ini permukaan atas sebongkah ais kutub, tip of iceberg. "

Hati-hati siapa yang bermain politik. 

 

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post