BUENOS AIRES: Enam ditahan di Nuevo Leon, Mexico kerana mengeluarkan vaksin COVID-19 palsu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Orang Awam.
"Vaksin palsu dirampas di Nuevo Leon... Penggunaan imunisasi jenis ini membahayakan kesihatan masyarakat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan semalam.
Kementerian itu juga meminta rakyat Mexico berwaspada dan hanya mendapatkan vaksin di pusat kesihatan dan hospital negeri.
COVID-19, yang diisytiharkan sebagai pandemik pada 11 Mac tahun lalu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini sudah menjangkiti 110,435,805
Mexico setakat ini mengesahkan lebih dua juta kes coronavirus itu, dengan lebih 175,000 kematian.
Dalam perkembangan lain di Helsinki, Finland, varian baharu COVID-19, Fin-796H, yang sukar dikesan oleh sekurang-kurangnya satu jenis ujian Tindak Balas Rantai Polimer (PCR), ditemui.
Agensi Berita Sputnik, yang memetik syarikat Vita Laboratories, melaporkan ia adalah varian terbaru selepas beberapa jenis virus COVID-19 dikesan di seluruh dunia setakat ini termasuk di Britain, Afrika Selatan, Brazil dan Jepun.
"Vita Laboratoriot Oy dan Institut Bioteknologi di Universiti Helsinki mengesan jenis COVID-19 yang belum pernah ditemui dalam satu sampel dari selatan Finland.
"Mutasi varian ini sukar dikesan dengan sekurang-kurangnya satu ujian PCR yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Penemuan ini mungkin memberi kesan yang besar dalam menentukan penyebaran penyakit itu. Virus SARS-CoV-2 (varian), dikenali Fin-796H itu mempunyai ciri-ciri varian Britain dan Afrika Selatan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.
Finland mengesahkan lebih 51,000 kes COVID-19 setakat ini, dengan lebih 700 kematian.
Sumber : BH
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!