Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?


Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menulis...

Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dengan menyebut di dalam blog beliau: “Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti…”

Sebelum ini di dalam blog beliau pada 1 Mac 2020 juga Tun Dr Mahathir pernah menyebut: “Saya letak jawatan kerana… saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.

Ada bagus juga tulisan Tun Dr Mahathir di dalam blog beliau kali ini kerana setidak-tidaknya beliau sudah kembali mengaku bahawa beliau memang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 itu.

Ini sudah satu peningkatan berbanding kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di hadapan para penyokong beliau di TH Hotel Alor Setar pada 18 Julai 2020 dalam mana beliau menyebut: “Tidak benar yang saya ini letak jawatan, saya terpaksa digugur.”

Begitu juga dengan satu lagi kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di Parlimen pada 13 Ogos 2020 dalam mana beliau menyebut: “Sebenarnya tak ada perletakan jawatan, saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaan, iaitu saya terletak jawatan”.

Dalam banyak-banyak perkara yang terdapat dalam buku beliau, saya boleh bersetuju dengan Tan Sri Tommy Thomas bahawa Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Saya juga boleh bersetuju dengan Lim Kit Siang yang hari ini menyesali sikap Tun Dr Mahathir yang masih enggan bertanggungjawab atas kesilapan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala beliau masih mendapat sokongan majoriti MP.

Dakwaan Tun Dr Mahathir semalam dan sebelumnya bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana PH telah hilang sokongan majoriti MP atau kerana beliau sendiri telah hilang sokongan majoriti MP adalah pembohongan semata-mata.

Turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku jelas mendedahkan mengenai pembohongan ini: 

(1) Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM pada jam 1:00 tengahari 24 Februari 2020. 

(2) Tan Sri Muhyiddin umum bawa BERSATU keluar daripada PH pada jam 2:04 petang 24 Februari 2020. 

(3) Datuk Seri Azmin Ali umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR pada jam 2:19 petang 24 Februari 2020.

Tidakkah jelas daripada turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku bahawa PH belum hilang sokongan majoriti MP sewaktu Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin hanya umum bawa BERSATU keluar daripada PH dan Datuk Seri Azmin Ali hanya umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR selepas, dan sebagai akibat daripada, Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM?

Kalaupun Tan Sri Muhyiddin memang berhasrat untuk bawa BERSATU keluar daripada PH serta Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain memang berhasrat untuk keluar daripada PKR sekalipun, selagi perkara ini tidak berlaku PH masih belum hilang sokongan majoriti MP dan masih boleh melakukan banyak perkara untuk mengatasi kemungkinan kedua-dua perkara ini berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir tidak hantar surat perletakan jawatan sebagai PM.

Tun Dr Mahathir sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP sewaktu beliau hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin telah umum bahawa kesemua MP BERSATU tetap menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, begitu juga dengan Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain, malah MP-MP UMNO dan PAS pun, yang telah menyebut akan menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Hakikatnya ialah Tun Dr Mahathir mempunyai perancangan dan membuat keputusan sendiri tanpa merujukkan kepada kawan-kawan beliau di dalam PH untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala PH dan beliau sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP serta untuk kemudiannya mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti yang sekali gus akan memberikan kuasa penuh tanpa sebarang gangguan daripada PH, khasnya PKR.

Itulah cerita sebenarnya yang selari dengan pendedahan Pegawai Media Tun Dr Mahathir bernama Shamsul kepada Tan Sri Tommy Thomas yang tiba di Pejabat Perdana Menteri pada jam 2.00 petang 24 Februari 2020 bahawa beliau hanya mengetahui keputusan Tun Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan sekitar jam 9.00 pagi hari itu dan bahawa beliau tidak fikir bahawa Tun Dr Mahathir ada berunding dengan sesiapa sebelum membuat keputusan tersebut.

Terang lagi nyata Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH.

TUN DR MAHATHIR: PEMBELIT YANG TERBELIT? Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan...

Posted by Kamarul Yusoff on Wednesday, 3 February 2021

Baca juga.. 'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula..

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tak menyalahkan orang lain bukan mahadey lah tu....

    Kata tak setuju ppbm keluar ph....
    Kemudian kata tangguhkan dulu keluar ph...
    Dalam mesyuarat ph jelas dia tak suka dap dan anwar....

    Ntah mana satu yg betul?

    Harap dapat duduk diam..
    Makin hina dan dibenci rakyat dah di usia senja...

    ReplyDelete
  2. Ntahla

    Saya ikut juga ceritanya.

    Baca Mahathir tulis pada 21/11/2020 "Perdana Menteri". Ada diberitahu bahawa pada 21/2/2020 Muhyiddin kata Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan desak Mahathir turun & Azmin Ali akan walk out jika itu berlaku. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan berlangsung pada sebelah malamnya nanti (22/2/2020) tetapi tidak berlaku seperti apa yang telah dikatakan Muhyiddin kepada Mahathir pada belah siangnya... (Boleh rujuk item 3 hingga 6)

    Siang esoknya (22/2/2020) Mahathir nasihatkan Muhyiddin untuk tangguh perancangan Muhyiddin itu (Rujuk item 7 hingga 10)

    Tetapi malam itu (siang 22/2/2020, malamnya 23/2/2020) Muhyiddin buat Sheraton move dan beri maksud memang beliau dan Azmin ALi serta geng telah putuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Oleh itu Mahathir setelah berfikir semalaman, buat keputusan untuk letak jawatan (tak letak jawatan pun tak apa sebab sebenarnya kerajaan Pakatan Harapan sudah bungkus esoknya).

    Sebab itu surat Mahathir bertarikh 24/2/2020 diterima sebelah tengahari hari yang sama. (Rujuk item 11 hingga 15, serta posting tuan blog di atas)

    Segala kenyataan Mahathir sebelum dan selepas itu selari dan amat konsisten, maka di sini saya percaya kepada Mahathir.

    Sekian




    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakaman audio dia jelas tidak suka bekerja dgn dap serta anwar.
      Kemudian yang terkini mengatakan kalau anwar tidak mendesak, ph tak akan tumbang.
      Tapi mana pergi janji asal selama 2 tahun. Kalau jujur dan ikhlas, berpegang pada janji.
      Tapi tak hairanlah...janji besar kepada rakyat lagi dimungkiri. Apatah lagi janji sesama bekas musuh.
      Dengan kata-kata yg berbelit-belit sekarang sejak dia tumbangkan kerajaan ph, jelas dia seorang yg tamak dan gila kuasa. Rasanya eloklah bersara terus dari berpolitik. Buat onar dan mengganggu kestabilan negara sahaja.

      Niat asal dia nak tubuhkan kerajaan perpaduan. Bila tak tercapai maka segala beban dan kesalahan diletak pada orang lain agar dia sentiasa kelihatan betul dan tidak bersalah. Rasanya majoriti rakyat dah bosan dengan gelagat serta kenyataan berbelit yg keluar dari mulut dia. Elok bersara dan berehat. Rakyat dah muak.

      Delete
  3. Ular Kerala akhirnya kena belit dgn ular yg juga dari Kerala (tommy pariah kerala).

    Woi tommy kerala! Belajar Bahasa Kebangsaan!! Duduk satu kelas dgn zeti perasan "british" tu. Bawa sekali kuncu2 mahataik dan anak2 cucu yg bodoh tak tahu berbahasa Kebangsaan!

    Kalau Melayu kena tuduh sokong daesh, laju je dihukum sampai 16 tahun dalam penjara. Kalau keling sokong LTTE apa jadi? Dilepaskan!

    Memang org Malaysia rasis. Rasis terhadap bangsa Melayu dan Agama Islam!
    Kalau Melayu masih mengundi PKR dan PAN yg rata2 balachi DAP, tak tahu la apa nasib Melayu di masa hadapan.

    22 bulan bawah PH dah nampak penghinaan kepada Melayu/Islam dan institusi2 yg membela nasib Melayu/Islam.

    Melayu kononnya "urban" menyokong PH....hmmmm....entah la. Sedih tgk kebodohan kau menjadi barua kpd kapir.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post