GLC : Dah Menyesal Ke Tun?


Dasar Persyarikatan Malaysia mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1983 setelah pelancarannay oleh Y.A.B. Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir.

Antara faktor utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan ialah peningkatan perbelanjaan sektor awam yang ketara dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan juga keadaan ekonomi yang meleset pada ketika itu.

Dasar Pengswastaan telah mewujudkan berbagai GLC iaitu singkatan kepada Government Linked Companies dimana dalam Bahasa Malaysia ialah Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Antara GLC-GLC itu ialah Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Petronas, DRB-Hicom, EON, Modenas dan berbagai lagi.. lihat di SINI

Matlamat penubuhannya ialah:
(i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan 
(ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja 
(iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara 
(iv) Pembahagian Sumber Serta Kecekapan 
(v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru

Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi menyediakan satu garis panduan bagi memudahkan Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan masing-masing. 

Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah: 
(a) Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation); 
(b) Soal keselamatan; 
(c) Perundingan; 
(d) Implikasi kewangan; 
(e) Penentuan harga; 
(f) Implikasi kepada kakitangan; 
(g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;

Bagaimanapun wujud kebimbangan-kebimbangan yang akan disebabkan oleh Dasar Pengswastaan ini kerana akan berlaku beberapa pemindahan hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta.

Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut.

Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada pengguna penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

TETAPI kini...GLC-GLC itu dilihat gagal dalam peranan asalnya untuk membantu golongan Bumiputera, dan menyimpang dari objektif asal penubuhannya untuk membantu kaum tersebut.

GLC kini didakwa mengambil kesempatan daripada statusnya untuk berniaga besar-besaran dan seterusnya menghalang daripada syarikat orang Melayu berbuat demikian..

Dalam wawancara khas dengan FMT, bekas perdana menteri itu berkata GLC telah menyimpang daripada tujuan penubuhan mereka sehingga “menggagalkan orang Melayu.”

Mahathir berkata, semasa beliau menerajui negara kali pertama, GLC ditubuhkan untuk membantu kaum Melayu yang tidak mampu memiliki saham dalam perniagaan.

Beliau berkata ketika itu, orang Melayu meminjam wang, membeli saham, dan kemudian menjualnya untuk melangsaikan hutang.

Beliau berkata amalan itu tidak berkesan untuk mengurangkan jurang antara kaum Melayu dan komuniti lain.

Justeru, untuk mengelakkan orang Melayu menjual saham, kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu mewujudkan GLC untuk membeli saham Bumiputera.

Bagaimanapun, GLC menyimpang daripada matlamat asal itu apabila menubuhkan syarikat yang bersaing dengan syarikat Melayu, kata Mahathir.

Mahathir, yang pernah menyifatkan GLC sebagai “raksasa” yang tidak lagi mematuhi dasar kerajaan, menuduh syarikat kaitan kerajaan menceburi perniagaan secara besar-besaran dan mengambil kesempatan daripada statusnya.

“Mereka (GLC) sepatutnya membantu orang Melayu tetapi mereka gunakan itu untuk menjauhkan orang Melayu dari perniagaan,” kata Mahathir.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ahli politik, khususnya mereka yang tidak berpengalaman dalam perniagaan, tidak harus dibenarkan memegang jawatan dalam GLC.

Ahli politik sedemikian yang memegang jawatan dalam GLC pada masa ini harus disingkirkan untuk ‘memulih’ dan memastikan syarikat berkenaan kembali kepada matlamat asal penubuhan, kata beliau.

Mahathir berkata apabila beliau kembali menjadi perdana menteri kali kedua pada Mei 2019 atas tiket Pakatan Harapan (PH), pimpinan GLC dipilih berdasarkan kelayakan profesional.

Namun langkah itu hanya bertahan selama 22 bulan PH berkuasa sebelum digantikan oleh Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Sekarang, semua ahli professional yang kita (PH) lantik dipecat, dan diganti dengan ahli politik, justeru keadaan kembali buruk,” kata Mahathir.

Ditanya mengenai dasar meritokrasi di banyak negara maju .. bacalah di SINI jawapannya..

Dasarnya baik.. tapi dimanupulasi pulakdah..

Dari bertujuan untuk membantu golongan Bumiputera ianya diperguna untuk membantu golongan Bumiputera.. tapi Bumiputera Elit laa.. VIP dalam politik maksud aku..

Kesimpulannya ialah.. Tun Mahathir kini sedang melihat kerosakkan yang dihasilkan oleh tangannya sendiri..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post