Najib Semakin Bijak..


Suka atau tidak.. kita perlu akui akan hakikat Najib memang kelihatan bijak dalam membawa isu-isu yang berkait rapat dengan rakyat semenjak beliau menjadi Pembangkang dikala ini..

Apa sahaja isu yang dibangkitkan beliau tidak langsung memperlihatkan akan kemaruknya dia untuk kembali memegang kuasa..

Disamping mengkritik.. beliau memberi idea untuk menambah baik kebanyakkan agenda yang di bawa oleh Kerajaan PN..

Bukan kritik saja.. kalau setakat kritik saja tu.. budak-budak Darjah Satu pun boleh kritik kot...

Bacalah..

KEJAYAAN Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura memang bergantung kepada kepantasan pelepasan kastam dan imigresen, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata walaupun waktu perjalanan singkat, kerajaan perlu berusaha untuk mempercepat pelepasan kastam dan imigresen yang agak mengecewakan.

Beliau berkata ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) pertama kali merancang projek RTS dan sekarang menamatkan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura, mereka bersetuju agar pelepasan kastam dan imigresen untuk kedua-dua negara dapat disatukan.

“Pengumuman kerajaan minggu lepas bahawa penumpang RTS yang tempoh perjalanannya hanya 5 minit masih perlukan masa 10-15 minit lagi untuk proses pelepasan kastam dan imigresen agak mengecewakan.

“Semasa kerajaan BN dahulu rancang RTS dan HSR (yang sudah dibatalkan kerajaan PN), kita juga pernah bersetuju dengan negara Singapura untuk memudahkan proses kastam dan imigresen agar proses pelepasan bagi kedua negara disepadukan,” katanya.

Laluan kereta api RTS yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura sepanjang kira-kira empat kilometer akan membawa pelancong dari satu negara ke negara lain hanya dalam masa lima minit perjalanan dan 10 minit.

Dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang per jam setiap arah, Link RTS diharapkan dapat membawa sehingga 300,000 penumpang sehari.

Waktu perjalanan hanya lima minit dan pada waktu puncak, kereta api akan bergerak selang waktu 3.6 minit.

Najib berkata dengan sistem teknologi yang berkembang pesat, proses pelepasan dapat dipercepat sambil mengurangkan potensi risiko keselamatan.

“Kini sistem pengecaman wajah (facial recognition) semakin canggih.

“Sistem Face ID Apple untuk iPhone juga telah mencapai kadar ketepatan setinggi 99.9999% iaitu kadar satu kesilapan bagi setiap sejuta wajah dicam.

“Bila digandingkan dengan kad sentuhan imigresen khusus bagi pelawat kerap, risikonya adalah teramat rendah,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata bahawa kerajaan tidak perlu menunggu sehingga RTS mula beroperasi kerana teknologi itu sudah ada dan mereka harus mengadakan perbincangan dua hala dengan negara jiran bagi mewujudkan sistem baharu secepat mungkin.

“Paling tidak, kerajaan Singapura dan Malaysia boleh mula mendaftar pemegang kad imigresen dan wajah pemilik dalam tempoh 6 bulan sebelum RTS mula beroperasi agar kejayaan RTS terjamin.

“Jika nak lagi pantas, kad sentuhan itu juga boleh digunakan sebagai kad tiket RTS supaya kastam dan imigresen dilepas semasa menaik keretapi,” katanya.

Pertama kali diumumkan pada 2010, projek landasan kereta api ini pada mulanya disasarkan siap pada tahun 2018.

Tarikh mula baru pada akhir 2024 telah dipersetujui pada 2017 dan kedua-dua negara menandatangani perjanjian pada tahun berikutnya dengan pembinaan bermula pada 2019.

Projek ini terhenti setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa di Malaysia pada Mei 2018.

Projek ini ditangguhkan selama enam bulan atas permintaan Malaysia untuk mengkaji skop, struktur dan kosnya serta dijadualkan siap pada akhir 2026.

Najib berkata projek yang awalnya dirundingkan, dipersetujui dan dilancarkan untuk meningkatkan pembangunan di Johor tetapi kini beliau mendakwa bahawa penangguhan oleh kerajaan PH telah menangguhkan kemajuannya.

Oleh itu beliau berkata bahawa untuk memastikan kejayaan projek RTS, kerajaan mesti beroperasi dengan mempermudahkan proses kastam dan imigresen untuk pengguna.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu Puspita Wati sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (4774) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post