Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Abd Rahim Jaafar sebagai berkata, pihaknya sedang memperbaiki perkara ini dari semasa ke semasa.
Hmm.. kalau Polis yang menguatkuasakan undang-undang pun keliru dengan SOP PKP ni.. maka tak hairanlah kalau rakyat juga turut keliru.
Seramai 100,000 pegawai dan anggota polis di negara ini diakui masih keliru dan bercanggah pendapat berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ada segelintir rakyat ‘tersalah’ dikenakan kompaun.Itu tidak termasuk 13 lagi agensi terlibat dengan empat daripadanya turut diberikan kuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu ingkar SOP iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar mengakui masih terdapat kekangan daripada pihak penguatkuasaan sendiri dalam proses menyalurkan maklumat kepada semua peringkat mengikut SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).Ujarnya, perkara ini tidak dapat dielakkan kerana setiap orang mempunyai pemahaman berlainan dan pelbagai ragam dapat dilihat dalam kelompok penguat kuasa yang semakin bertambah dalam pelaksanaan pematuhan SOP.“Kita tak nafikan kadangkala pemahaman setiap orang berlainan jadi memang akan terbit masalah mengenai hal ini. Kita pun masih dalam proses untuk memahamkan anggota dan pegawai kita mengenai undang-undang SOP dalam tempoh PKP ini.“Kalau dilihat dari segi komunikasi biasa pun, apabila kita sampaikan maklumat kepada orang pertama nanti orang ke 10 akan dapat maklumat berbeza. Jadi, cuba bayangkan penyaluran maklumat terhadap 100,000 pegawai dan anggota seluruh negara, sudah tentu akan wujud masalah.“Perkara ini kita perbaiki dari masa ke masa tambahan pula SOP sentiasa berubah mengikut keadaan semasa penularan wabak Covid-19 ini,” katanya ketika dihubungi di sini.Walau bagaimanapun menurut Abd. Rahim, berbanding sebelum ini, pihak berkuasa terlibat semakin peka dan lebih memahami situasi yang membolehkan mereka mengeluarkan kompaun dan sebaliknya.Jelasnya, dalam mesyuarat yang diadakan setiap minggu juga pelbagai penambahbaikan diutarakan antaranya meminta Ketua Polis Daerah sendiri turun padang untuk maklumkan SOP kepada anak buah masing-masing supaya pematuhan dapat dilaksanakan secara konsisten.“Dulu memang banyak (kesalahan kompaun tidak wajar) namun sekarang dapat lihat sudah berkurangan. Sebagai contoh, ada yang keluarkan kompaun kerana individu ini berada di luar lebih dari pukul 9 malam sedangkan tak ada dalam undang-undang yang melarang perbuatan itu.“Namun, undang-undang tidak boleh keluar rumah tanpa sebab yang munasabah itu memang ada. Oleh itu, pegawai yang memahami undang-undang dari sudut itu mungkin merasakan tindakan kompaun itu adalah betul.“Jadi, kita normalisasikan brief and debrief. Sebelum pasukan pematuhan SOP keluar menjalankan pemantauan kita akan jelaskan SOP kepada mereka, kemudian bila mereka balik daripada penugasan kita akan periksa semula kompaun dikeluarkan adakah dibuat mengikut SOP,” ujarnya.Ketika ditanya mengenai penguatkuasaan SOP bersama 13 agensi terlibat, beliau menegaskan setakat ini tiada masalah dari segi percanggahan lokasi penugasan dan semua agensi menjalankan pemantauan mengikut bidang masing-masing ~ Utusan
Macam mana tak keliru.. SOP boleh berubah-ubah setiap hari.. hari ini umum lain.. esok umum macam lain pula..
Paham2 la... nampak mcm KDN tgh bz membuat percaturan2 politik utk selamatkan parti Abahko...mana ada masa nak settle pandemic ni??
ReplyDeleteAssalamualaikum wr, wb, saya IBU SUCHI saya Mengucapkan banyak2
DeleteTerima kasih kepada: AKI SOLEH
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
yang ingin merubah nasib
seperti saya ! ! !
SILAHKAN CHAT/TLPN DI WHATSAPP AKI: 082~313~336~747
Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
1: Di kejar2 tagihan hutang
2: Selaluh kalah dalam bermain togel
3: Barang berharga sudah
terjual buat judi togel
4: Sudah kemana2 tapi tidak
menghasilkan, solusi yang tepat.!!
5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
Dijamin anda akan berhasil
silahkan buktikan sendiri
Angka:Ritual Togel: Singapura
Angka:Ritual Togel: Hongkong
Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia
Angka:Ritual Togel: Laos
Angka:Ritual Togel: Macau
Angka:Ritual Togel: Sidney
Angka:Ritual Togel: Brunei
Angka:Ritual Togel: Thailand
" ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!