Alhamdulillah... 157 orang penduduk daripada suku Bajau Laut mengucap syahadah tanpa paksaan dengan disaksikan oleh Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew.
Katanya, penduduk Bajau Laut tersebut menjadikan bot atau pondok kecil atas laut sebagai rumah untuk berteduh.
"Ya ALLAH menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini (Ahad).
"Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun," katanya.
"Tiba-tiba ramai tanya saya siapa Tuhan. Tuhan itu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua di keliling bot tadi.
"Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih ALLAH,"..
Alhamdulillah..
Cuma yang menimbulkan persoalan ialah.. mengapa tiada sesiapa yang pernah menemui mereka untuk menerangkan tentang Islam ya?... sekadar bertanya.. tak salahkan?
Cuma yang menimbulkan persoalan ialah.. mengapa tiada sesiapa yang pernah menemui mereka untuk menerangkan tentang Islam ya?... sekadar bertanya.. tak salahkan?
Ni apa yang Ebit Lew tulis dalam Facebook miliknya..
Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini....
Posted by Ebit Lew on Sunday, 31 January 2021
Harap kita tak kembali ke zaman dato mb sabah dulu yg terlalu ghairah convert org ke agama islam tapi tak terjaga istiqomah islam dan iman mrk
ReplyDeleteBetul tu. Tak ada follow up dengan pendidikan agama Islam serta Bantuan yg berhak untuk saudara baru kita, menyebabkan ramai yg kembali ke agama asal atau masuk Kristian
DeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!