Setelah Sertai PN, GERAKAN Mula Berangan Nak Rampas Pulau Pinang


GEORGETOWN: Gerakan Pulau Pinang menyifatkan keputusan menyertai Perikatan Nasional (PN) mencerahkan lagi peluang untuk merampas negeri ini daripada DAP.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, keputusan itu memperkuatkan lagi usaha dan strategi Gerakan dalam mendekati pengundi yang sebelum ini banyak digerakkan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut beliau, selepas tiga penggal di bawah pentadbiran DAP dengan pelbagai isu dan permasalahan rakyat masih banyak belum diselesaikan, Gerakan dan PN bersedia menjadi pilihan baharu kepada penduduk Pulau Pinang.

“Isu seperti projek rumah kos rendah sehingga kini terus memberi tekanan kepada penduduk kerana kebanyakan projek perumahan yang diluluskan khususnya di bahagian pulau di luar kemampuan majoriti rakyat.

“Begitu juga dengan isu-isu lain seperti projek tambak laut dan isu alam sekitar yang gagal ditangani dan tidak menguntungkan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ditanya sejauh mana perkembangan kerjasama Gerakan dan PN di Pulau Pinang, Tong Keong berkata, belum ada pertemuan rasmi antara pemimpin parti komponen PN setakat ini.

Namun jelasnya, pemimpin Gerakan negeri sudah berhubung dengan Pengerusi PN negeri, Datuk Shabudin Yahaya serta pemimpin Pas dan satu mesyuarat dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Berhubung kemungkinan Gerakan akan bertembung dengan calon MCA daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau berharap perkara itu dapat dielakkan.

Sumber: Utusan

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post