SilTerra Kekal Milik Syarikat Malaysia Laa Najib...


SilTerra atau nama asalnya Wafer Technology (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1995 adalah bertujuan sebagai projek kepentingan nasional yang strategik untuk mempromosikan pembuatan semikonduktor dan menjadi pemangkin dalam pelaburan teknologi tinggi di Malaysia.

Merupakan syarikat Bumiputera milik Khazanah Berhad yang terlibat dalam industri semikonduktor, juga mempunyai beberapa pejabat pemasaran di luar negara seperti San Jose, California, Amerika Syarikat dan Hsinchu, Taiwan.

Di peringkat awal penubuhan SilTerra mengalami kerugian dan ianya terpaksa ditanggung oleh Khazanah.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1995 semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Silterra sering mengalami kerugian besar setiap tahun, DAP mendakwa pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 2005, Siltera mengalami kerugian sebanyak RM864 Juta.

Pada tahun 2006 kerugian RM646 Juta, rugi RM1 Billion pada tahun 2007.

Jumlah kerugian yang dicatat untuk tempoh 16 tahun pertama Silterra sehingga tahun 2011 mencecah RM10 bilion dan kesemuanya ditanggung oleh kerajaan.

Bagaimanapun SilTerra mula mencatat keuntungan terkumpul sebanyak RM699.5 juta bagi tempoh 2014 hingga akhir tahun 2017..

Walaupun telah mula mencatat keuntungan tiba-tiba media melaporkan bahawa kerajaan PN dalam peringkat terakhir untuk menjual SilTerra dan beberapa tawaran telah diterima dari beberapa pembeli.

Dan ianya telah dijadikan modal untuk menyerang Kerajaan PN dan juga PH sekaligus oleh penyokong-penyokong UMNO.. contohnya di >> SINI <<

Akhirnya.. Silltera telah selamat dijual..

KUALA LUMPUR: Konsortium yang diterajui Dagang NeXchange Bhd (DNeX) memenangi tawaran mengambil alih pengeluar cip global, SilTerra Malaysia Sdn Bhd daripada Khazanah Nasional Bhd.

DNeX dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, pada 5 Februari 2021, Khazanah memaklumkan bahawa ia menerima tawaran konsortium yang diterajuinya untuk cadangan penjualan keseluruhan terbitan modal saham SilTerra oleh sayap pelaburan kerajaan itu, tertakluk kepada pemeteraian perjanjian yang pasti.

Katanya, penerimaan tawaran itu masih tertakluk kepada kerahsiaan sulit yang ketat dengan Khazanah dan butiran lanjut mengenai tawaran tidak boleh didedahkan sehingga pemeteraian perjanjian itu.

"Syarikat akan membuat pengumuman yang diperlukan tepat pada waktunya, sesuai dengan Syarat Penyenaraian apabila ada perkembangan material berkenaannya atau ketika perjanjian yang pasti telah dimeterai," katanya.

BH sebelum ini melaporkan bahawa Khazanah wajar mempertimbangkan untuk melepaskan kepentingannya dalam pengeluar cip global, SilTerra kepada syarikat tempatan yang berminat bagi menjamin dasar pembangunan Bumiputera.

DNeX dan Green Packet Bhd (GPacket) adalah dua syarikat tempatan yang membuat bidaan kepada Khazanah bagi memperoleh kepentingan dalam SilTerra.

Dua firma global iaitu Foxconn Technology Group dan syarikat Jerman, X-FAB juga menyertai bidaan mengambil alih kepentingan pengeluar cip global itu.

Laporan penuh sila baca di >> SINI <<
 


Kata Najib "Susah payah kerajaan BN dahulu masa saya PM memulihkan syarikat Silterra dari kerugian memanjang kepada keuntungan tetapi tiba-tiba akan dijual pulak kepada syarikat asing.

"Kerajaan perlu menjelaskan apakah rasional untuk menjualnya sedangkan syarikat ini mencatat keuntungan dan ianya strategik untuk industri elektronik negara.

"Ataupun ianya telah kembali mencatat kerugian besar sejak zaman PH?

... Dakwaan Najib dan juak-juaknya tersasarlah nampaknya...

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tumpang tanya. Berapa dapat upah jadi blogger JKOM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katak makan lalang. Lalang jangkit katak. Katak jadi lalang. Tak lama lagi JKOM hancur. Lalang makan angin.

      Delete
    2. Ada upah ke?.. boleh saya tahu nak claim kat mana?.. maksud saya nak claim kat siapa?

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post