TG Haji Hadi Semakin Pulih Lepas Masuk Hospital

Semalam beberapa media melaporkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas. 

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook miliknya. 

Katanya, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut. 

"Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,”

Dan ahri ini... 

KUALA LUMPUR: Keadaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke hospital malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, semakin baik dan sudah boleh bercakap. 

Setiausaha Politiknya Syahir Sulaiman berkata, Abdul Hadi juga memberitahu akan memaklumkan situasinya dari semasa ke semasa. 

"Sekitar 7.30 pagi tadi saya terima panggilan daripada Tuan Guru (Abdul Hadi), mohon maklumkan kepada semua, beliau sudah semakin baik, sudah boleh bercakap dan bergurau," katanya ketika dihubungi pagi ini. 

Ditanya berhubung keadaan kesihatan Abdul Hadi sebelum ini yang dilaporkan mungkin kepenatan, Syahir berkata, beliau ada menghadiri beberapa mesyuarat selama seminggu ini. "Dalam seminggu ini memang ada beberapa mesyuarat penting, cuma banyak masa beliau di Terengganu dan Kuala Lumpur.

"Tidak ada petanda awal tentang kesihatan Tuan Guru. Cuma sekitar Maghrib (semalam), Tuan Guru mengadu agak sukar untuk bernafas. 

"Kami bincang terus ke kecemasan untuk buat pemeriksaaan. Tuan Guru mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) dari Hospital Putrajaya,"

Dalam pada itu kata Syahir, Abdul Hadi pernah menerima rawatan dan pembedahan injap di IJN pada 2017. 

"Kita ada jadual janji temu dari pihak IJN. Tuan guru sentiasa jaga makan dan ikut nasihat doktor. 

"Kita akan maklumkan apa perkembangan terkini, cuma atas nasihat doktor, kita harap tuan guru dapat ruang untuk berehat, pelawat juga harus dihadkan," katanya. 

Sementara itu anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil dalam hantaran di laman Facebook sebentar tadi menjelaskan, ayahnya dalam keadaan stabil dan perlukan rehat. 

"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat. 

"Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah," ujarnya lapor AstroAwani

Bersamalah kita mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru Haji Hadi dan kembali sihat seperti sedia kala...

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post