Vaksin COVID-19: Nyawa Ahli Politik Lebih Penting Dari Rakyat?

Ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan menjadi antara penerima vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memandangkan Ahli Parlimen dan Adun biasanya berdamping rapat dengan masyarakat di akar umbi

“Oleh sebab bentuk kerja mereka begitu rupa maka, kita setuju Ahli parlimen dan Adun tak kira pihak mana, akan diberi vaksin dalam fasa pertama untuk mereka menjalankan tugas secara lebih berkesan dan selamat,” katanya.

Bagaimanapun seorang wakil rakyat PKR mengkritik rancangan kerajaan untuk mengutamakan ahli parlimen dan Adun dalam pemberian vaksin Covid-19 itu.

Selain menggambarkan alasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai "mengarut", Gooi Hsiao Leung juga mengecam tindakan itu sebagai "tidak beretika, tidak senonoh dan sangat-sangat salah." 


Gooi mengatakan bahawa kerajaan harus berpegang teguh pada tiga fasa vaksinasi:

- Fasa 1 untuk barisan depan dan pekerja kesihatan perubatan yang bekerja di persekitaran berisiko tinggi,

- Fasa 2 untuk golongan yang rentan, warga emas berusia 65 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan, dan

- Fasa 3 untuk populasi dewasa yang berumur 18 tahun ke atas.

"Walaupun dapat diterima bagi pegawai kanan kerajaan seperti perdana menteri, menteri kesihatan, ketua menteri dan bahkan ketua pembangkang parlimen untuk diberi keutamaan vaksinasi, untuk mencegah risiko gangguan besar dalam mentadbir negara ketika kita masih berdepan krisis kesihatan - tapi mengapa semua wakil rakyat tanpa mengira usia atau status kesihatan mereka diberi layanan istimewa?

"Jika itu adalah niat kerajaan untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap vaksin dan mengikuti protokol rasmi, maka tidakkah Agong, Raja dan Sultan-sultan patut diberi vaksin terlebih dahulu sebelum perdana menteri kita?

"Penjelasan perdana menteri bahawa wakil rakyat terpilih, kerana pekerjaan mereka sebagai ahli politik, sering harus bertemu dengan rakyat di peringkat akar umbi dan oleh itu berhak mendapat rawatan khas dan perlindungan vaksin terlebih dahulu, adalah mengarut," tambahnya.

Adun Bukit Tengah itu menyorot bahawa pekerja runcit dan pemandu bas, antara lain, juga bersemuka dengan orang ramai setiap hari tetapi harus menunggu giliran untuk diberi vaksin.

"Apakah perdana menteri mengatakan bahawa nyawa mereka tidak begitu penting berbanding ahli politik yang dapat memotong barisan untuk vaksinasi?

“Sebagai wakil rakyat, kita masih dapat memikul tanggungjawab harian seperti orang lain dengan mengikuti SOP dengan tegas. Jangan ingkar SOP.

"Keutamaan sekarang adalah untuk mendapatkan bekalan vaksin dan menyerahkan kepada doktor dan jururawat yang mempertaruhkan nyawa mereka," tambahnya.

Dengan memberi vaksin awal terhadap ahli parlimen dan Adun terlebih dahulu, Gooi menuduh Muhyiddin tidak mempromosikan kepercayaan masyarakat atau mendapatkan kepercayaan masyarakat terhadap rancangan vaksinasi kerajaan.

"Saya meminta perdana menteri untuk mengkaji semula keputusannya dalam memberi semua anggota parlimen dan Adun keutamaan vaksinasi Covid-19 berbanding orang lain," tambahnya.

Laporan dipetik dari : Malaysiakini


..... Aku rasalah YB ni lepas PRU-15 akan hilang dari pandangan, pasal dia dah menongkah arus.. sebab seseorang telah berkata..

“Keutamaan penerima vaksin bergantung kepada penilaian risiko dan ahli Parlimen beserta ADUN boleh dianggap berisiko tinggi berdasarkan kekerapan menyantuni orang ramai dan komuniti luaran.

“Justeru, pemberian vaksin kepada ahli Parlimen dan ADUN membantu dalam mengawal penyebaran pandemik ini kepada orang ramai. Diharap juga pemberian vaksin ini dapat membantu keyakinan orang ramai dalam pengambilan vaksin demi menyelamatkan kita semua daripada pandemik Covid-19,”

Tunggulah ya...

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu puspita wati sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (2548) dan alhamdulillah saya menang (200,35 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post