Anwar Dakwa Dua MP Lompat Libatkan Jutaan Ringgit.. Tapi..


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Ahli Parlimen Tebrau dan Julau ditawarkan jutaan ringgit untuk meninggalkan parti itu dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga yakin Steven Choong (Tebrau) dan Larry Sng (Julau) turut menerima tekanan lain selain ditawarkan wang ringgit.

“Memang benar hak mana-mana ahli untuk memilih parti dia. Tetapi dalam kes dua ahli Parlimen keluar sudah tentunya ada tekanan lain.

“Saya dapat maklumat jutaan ringgit tetapi kalau nampak tak boleh (mereka) guna agensi penguat kuasa. Tak ada masalah kalau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau lembaga cukai dia berhak teruskan tindakan kepada pembangkang dan kerajaan.

“Menteri-menteri yang mewah pun begitu (ambil tindakan). Yang kita tahu kehidupan mewah kenapa tak disentuh,” soalnya pada ketika sidang media selepas pelancaran Hotel Pacific Regency di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Anwar bagaimanapun menyelar tindakan itu yang padanya tidak beretika.

“Jadi kalau nak ambil tindakan termasuk kepada pembangkang, silakan. Tetapi jangan gunakan ini, sebagai satu tarik tali untuk menekan mereka supaya melompat ke parti lain. Paling tak etika dan paling bankrap dari segi politik ini dilakukan. Ini tentu akan lawan dan dedah kerja ini,” ujarnya.

Anwar dalam pada itu berkata, PN masih tidak berjaya meraih sokongan majoriti meskipun menerima sokongan daripada dua ahli Parlimen PKR baru-baru ini.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Tapi...

Choong menafikan dakwaan dia menerima RM20 juta sebagai habuan menyokong kerajaan PN.

Bagaimanapun, dia berkata dia diberi jaminan peruntukan bagi kawasan parlimennya.

Tambahnya , dia sanggup bekerja tanpa gaji jika dia diberikan peluang oleh perdana menteri untuk berkhidmat kepada rakyat di Tebrau.

Choong juga menafikan tuduhan memburukkannya dengan mengaitkan dirinya berkaitan isu 'lari cukai'.

“Saya seorang juruaudit profesional. Bagaimana saya ingin berkhidmat jika ditangkap kerana tidak bayar cukai,” katanya seperti dipetik laporan China Press.

Menjelaskan lanjut, Choong turut berkata, dia tidak berpaling tadah daripada PKR tetapi parti itu yang memecatnya.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post