Dah Saman Baru Nak Perincikan?


Sebelum itu.. berikut disenaraikan antara yang telah disaman RM10,000.00 kerana melanggar berbagai S.O.P yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi menangani pendemik COVID-19 ini..

Di Bagan Serai Perak Harian Metro melaporkan..


BAGAN SERAI: Polis mengesahkan satu notis kompaun RM10,000 di Tanjung Piandang, Parit Buntar, yang tular adalah benar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian 1.20 tengah hari Jumaat lalu di kedai runcit di Tanjung Piandang, pihaknya menahan dan mengeluarkan notis kompaun kepada lelaki berusia 45 tahun berikutan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Berdasarkan pemerhatian dan siasatan anggota, lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan.

Kosmo pula melaporkan di Petaling Jaya..

PETALING JAYA – Polis Cheras mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu kerana kesalahan tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kompaun itu dikeluarkan semasa Pasukan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membuat pemeriksaan di sebuah kedai makan di Bukit Jalil.

“Pada 11 Mac 2021, pukul 6.55 petang, satu Pasukan Pematuhan SOP PKPB telah mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu kerana kesalahan tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera atau buku daftar yang disediakan oleh pekedai.

Petikan dari portal Malaysia Gazette...

KUALA LUMPUR – Menerusi akaun Facebook Zachary Yeoh, beliau berkata, dia disaman RM10,000 kerana makan dan rakannya Samantha Loh juga disaman kerana minum.

Warga maya ini berkata, dia memakai pelitup muka ketika selesai membuat pesanan pada jam 11.14 pagi, Pada jam 11.16 pagi minuman yang dipesan tiba dan dia membuka pelitup muka.

Menurutnya, sekumpulan penguatkuasa masuk ke premis pada jam 11.38 ketika itu makanan dan minuman masih di atas meja.

Pegawai penguatkuasa meminta kad pengenalannya dan mengeluarkan saman tanpa membenarkan dia membuat penjelasan.


Itu antara yang dah disaman.. bila dah ramai yang kena saman.. baru Kerajaan nak perincikan.. Hmmm...


KANGAR – Kerajaan akan memperincikan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 bagi menangani kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Katanya perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 esok.


“Kita akan terus kekalkan ordinan kompaun RM10,000 kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat tetapi kerajaan memberi jaminan untuk selesaikan pelaksanaannya termasuk pengeluaran saman kepada mereka yang melakukan kesalahan,” katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program lawatan kerja Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 ke Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man. Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata jika kesalahan yang dilakukan adalah kecil seperti tidak memakai pelitup muka, pesalah tidak wajar dikenakan kompaun RM10,000.

“Ketegasan undang-undang perlu ada tetapi pada masa yang sama budi bicara juga perlu ada bagi mewujudkan keseimbangan di antara kedua-duanya,” katanya.


Beliau juga menegaskan kompaun tersebut bukan bertujuan menghukum sebaliknya berperanan sebagai langkah pencegahan dan pengajaran agar matlamat kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini tercapai - MalaysiaGazette


** buat kerja terbalik depa ni.. hmmm..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post