‘Datuk Seri’ Tidak Mengaku Bersalah Terima Rasuah RM476,000


SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ yang dikenakan waran tangkap pada 22 Mac hadir berkerusi roda di Mahkamah Sesyen 23 Mac atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM476,000 dilakukannya pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohamed Al Faizal Mohamed Ibrahim, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Dia yang mengalami arthritis dibenarkan membuat pengakuan itu secara duduk di kandang tertuduh oleh Mahkamah.

Lazada Malaysia

Dalam prosiding tersebut, Rozilah memberikan amaran keras terhadap lelaki tersebut agar mengambil serius arahan mahkamah sebelum membatalkan waran tangkapnya.

“Saya semalam telah dimaklumkan pihak hospital ada mengeluarkan satu surat dan saya mahu tandakan laporan sulit perubatan daripada Hospital Pakar KPJ Tawakal bertarikh 22 Mac iaitu pada hari awak dituduh, boleh menghadiri sebutan kes di mahkamah dengan kerusi roda.

“Ini yang mahkamah mahukan, awak boleh guna alasan apa tetapi surat daripada pakar ini yang kami mahu dan sebab itu, saya rasa waran tangkap itu patut dikeluarkan.

“Saya bersimpati tetapi saya beri amaran dan kalau berlaku sekali lagi, tidak ada maaf. Oleh itu, waran tangkap yang dikeluarkan dibatalkan,” ujarnya.

Bapa kepada empat anak itu dituduh meminta rasuah RM300,000 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 orang warga China daripada tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen di Kampung Baru Subang, Petaling Jaya pada pukul 9.30 malam, 22 September 2020.

Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM176,000 daripada seorang individu bagi tujuan yang sama di lokasi, masa dan tarikh yang sama.


Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi mengikut Seksyen 16a(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab. Wahab menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan, melapor diri setiap awal minggu pada setiap bulan di Pejabat SPRM terdekat selain memaklumkan pasport antarabangsa tertuduh telah diserahkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didakwa kesalahan rasuah di mahkamah berkenaan.

Peguam T. Tamil Selvan dan Benedict Anand mewakili tertuduh memohon jaminan diberikan dalam jumlah munasabah kerana anak guam mereka tidak bekerja dan isterinya yang merupakan suri rumah akan menjadi penjamin.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan bersetuju kes tersebut dipindahkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Isteri tertuduh membayar jaminan tersebut. Kesemua kes akan disebut semula pada 21 April depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Mohamed Al Faizal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM176,000 dan memperdaya seorang individu bagi membantu melepaskan 22 warga China tahun lalu. -K!ONLINE

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (2748) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post