Disangka 'Gadis Jelita' Bermotosikal Kuasa Tinggi, Rupa-rupanya...

 


Percaya atau tidak inilah sebenarnya yang telah berlaku, lebih dari 17,000 telah tertipu hasil dari penggunaan aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar..

Siapa yang tidak terpesona melihat raut wajah gadis jelita berusia 20an ini yang selesa mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.

Barangkali faktor itu menyebabkan pemegang akaun @azusagakuyuki berjaya menarik ribuan pengikut dalam masa singkat, sehingga mencapai 17,4000 dalam tempoh dua tahun sejak akaun itu diwujudkan.


Berdasarkan gambar dan ciapan yang dikongsikan melalui akaun tersebut, pemiliknya kelihatan seperti gadis Jepun muda, cantik, lemah lembut, dan pada masa yang sama, mempunyai minat yang mendalam terhadap jentera beroda dua berkuasa tinggi. Semuanya nampak normal, sehinggalah bayangan wajah 'rupawan' yang muncul pada cermin sisi motosikal ditungganginya kelihatan seperti seorang lelaki.

Curiga dengan keadaan itu, media Jepun cuba mengesan dan menjejak pemilik sebenar akaun tersebut.

Akhirnya, terbongkar kisah sebenar gadis bermotosikal yang menjadi idola ramai jejaka ini.

Media Jepun mendedahkan bahawa 'gadis jelita' itu sebenarnya seorang lelaki Jepun berusia 50an yang tampil jelita hasil penggunaan aplikasi telefon pintar.


Alasannya? Tiada siapa yang akan berminat melihat wajah seorang ‘pak cik’ tua yang mempunyai hobi seperti itu.


Tetapi, anehnya, biarpun media sudah melakukan pendedahan tersebut, pak cik ini masih terus aktif berkongsi gambar, dan pengalaman berkonvoi menggunakan wajah si jelita.

Malah, lebih aneh lagi, akaun media sosialnya masih menjadi tarikan ramai peminat.

Sumber: AstroAwani

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. How to Spend a Good Day in Australia: Australia Bucketlist
    When you think about Australia, you say it’s brilliant, it’s beautiful and it is absolutely huge. All the reason why you need to make sure you make a good Australia bucket list to make the most out of your visit.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post