Gara-gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar, BN Gantung Pegawai Media


Barisan Nasional (BN) hari ini menggantung seorang pegawai media gabungan itu selama sebulan selepas kontroversi berhubung kenyataan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi malam tadi berhubung rayuan kepada Agong agar sidang Parlimen diadakan yang mirip kepada kenyataan Anwar Ibrahim.

Setiausaha Eksekutif BN Mohd Sahfri Ab Aziz berkata, kenyataan yang dikeluarkan malam tadi tidak mendapat kelulusan Sekretariat Dewan Tertinggi terlebih dahulu sebagaimana yang dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan itu.

“Maka setelah mendengar pandangan jawatankuasa siasatan dalaman, saya menggantung tugas ketua pegawai media BN bagi tempoh satu ( l ) bulan berkuatkuasa serta merta,” kata Sahfri dalam kenyataan petang ini.

“Ini juga bagi membolehkan proses siasatan dalaman dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci dan lebih berkesan.”

Pagi tadi, media sosial tular dengan penemuan dua kenyataan hampir serupa oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sehingga sempat menjadi bahan ketawa dan sindiran sebilangan pengguna Twitter. <

Dua kenyataan yang ditandatangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan Barisan Nasional (BN) itu didapati bukan sahaja ditulis dalam bahasa yang sama, bahkan mirip dari sudut gaya, selain berkembar dalam perkataan yang digunakan.

Penemuan kenyataan mirip itu seakan mengesahkan usaha mereka berdua untuk bekerjasama bagi menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas sebelum ini Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak mengutus surat kepada Agong bagi menyokong Anwar menduduki jawatan perdana menteri.

Laporan penuh sila lihat di SINI

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post