Ku Li Dakwa Muhyiddin Ugut UMNO


PETALING JAYA, 5 Mac — Pemimpin Umno digesa memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan segera.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan itu perlu dilakukan selepas mendakwa terdapat ugutan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pemimpin Umno.

Jelasnya, keputusan bersama PN juga tidak membuah sebarang hasil selain gagal memberi impak positif kepada Umno.

“Silap perhitungan, putus hubungan dan keluar kerajaan PN sekarang. Berhenti main wayang kulit! Tidak ada faedah dan tidak ada kesan!

“Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli Umno yang berada dalam kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), Muhyiddin Yassin sudah ugut hendak buang kita, tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti Umno,” katanya.

Tengku Razaleigh merupakan antara yang lantang mengkritik kerjasama Umno dan kerajaan PN.

Sebelum ini, beliau turut menyatakan bantahan terhadap belanjawan yang dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat.

Sumber: MMO

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post