Tindakan wakil rakyat sama ada ahli parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti Lompat Parti, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana perlu meminda Perlembagaan sedia ada terlebih dahulu.
“Macam undang-undang yang ada di Pulau Pinang tetapi tidak dapat dilaksanakan walaupun ada yang lompat parti sebab mahkamah memutuskan akta berupa anti lompat parti ini tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mengikut Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan mana-mana ADUN yang berhenti menjadi ahli parti diwakili semasa pilihan raya perlu mengosongkan kerusinya.
Bagaimanapun, Kerajaan Pulau Pinang tidak menguatkuasakan undang-undang itu walaupun empat ADUN negeri tersebut menarik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.
Empat ADUN itu ialah dua ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Bertam, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq dan Teluk Bahang, Zolkifli Md. Lazim yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan PH dan kemudian bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Selain itu, dua lagi ialah ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim pula tidak lagi menjadi wakil rakyat PH apabila dipecat daripada PKR.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, akta tersebut boleh dilaksanakan sebaik sahaja Perlembagaan dipinda.
Namun, jelasnya, pengubalan akta itu tertakluk kepada perintah mahkamah yang sebelum ini t memutuskan sebarang undang-undang berkaitan anti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah.
“Tidak boleh buat perkara itu (Akta anti lompat parti). Kalau nak buat juga kena pinda Perlembagaan Persekutuan dahulu.
“Dalam kes Nordin Salleh dahulu, mahkamah memutuskan bahawa apa-apa undang-undang yang berkaitan anti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah, jadi tidak boleh buatlah,” katanya.
Mengikut rekod, pada April 1992, dalam kes Nordin lawan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mahkamah Agung (dinamakan Mahkamah Persekutuan ketika ini) ketika itu memutuskan bahawa undang-undang yang mewajibkan seseorang anggota Dewan yang bertukar parti untuk mengosongkan kerusi bercanggah dengan prinsip kebebasan untuk seseorang itu berpersatuan.
Ia sebagaimana seperti diperuntukkan di bawah Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Di dalam kes Nordin itu ia berlaku ekoran tindakan kerajaan Kelantan, dan diikuti kerajaan Sabah, ketika itu menggubal undang-undang anti lompat parti bagi mengelakkan wakil rakyat bertukar parti.
Isu lompat parti ini terus hangat apabila terbaharu, tiga ADUN Amanah iaitu ADUN Senggarang, Ir. Khairuddin A Rahim, ADUN Serom, Dr. Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit bertindak keluar parti menyertai PKR.
Ia disusuli dengan dua Ahli Parlimen PKR iaitu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong yang kini menjadi ahli parlimen bebas, sekali gus menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber: UTUSAN
Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (0066) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
ReplyDelete1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.Dukun Pelet Sakti
7.Dukun Santet Ganas
8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
" ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "
UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,
AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI
..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ )..
«082-313-336-747»
..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!