Ahmad Zahid Hamidi perlu meletakkan jawatan kerana sudah menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno selepas beberapa langkah politiknya sebelum ini yang dilakukan secara sepihak menemui kegagalan, kata penganalisis.
Terbaru, langkah Zahid sekali lagi “sumbang” apabila kenyataan media yang dikeluarkannya bagi pihak BN, didedahkan pengguna media sosial menyerupai kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.
Ini menyebabkan BN menggantung “ketua pegawai media” yang diragui kewujudannya, kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan tanpa mendapat kelulusan sekretariat dewan tertinggi gabungan itu.
Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, Zahid merupakan beban kepada semua orang, khususnya kepada orang Melayu dan Umno.
“Zahid menyebabkan Umno umpama memikul biawak hidup,” kata Shamsul yang juga pengasas Institut Kajian Etnik (Kita) UKM.
“Semakin jelas Zahid mementingkan diri sendiri dengan mengunakan pelbagai muslihat termasuk menulis surat kepada Agong menyokong Anwar Ibrahim dengan membelakangkan malah menipu Umno. Ia satu tindakan yang sungguh mengecewakan.”
Shamsul berkata, Zahid harus meletakkan jawatan sebagai presiden Umno segera dan menyerahkan kepada timbalannya, Mohamad Hasan untuk memangku.
Zahid kini berdepan 47 pertuduhan di mahkamah dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Pada Khamis lalu dua kenyataan yang dikeluarkan pada masa sama oleh Zahid dan Anwar, didapati bukan sahaja ditulis dalam bahasa yang sama, bahkan mirip dari sudut gaya, selain berkembar dalam perkataan yang digunakan.
Kenyataan mirip itu seakan mengesahkan usaha mereka berdua untuk bekerjasama bagi menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas sebelum ini Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak mengutus surat kepada Agong bagi menyokong Anwar menduduki jawatan perdana menteri.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata, imej Umno goyah dengan surat pengesahan keputusan majlis kerja tertinggi yang mendedahkan tindakan unilateral parti itu menamatkan hubungan politik dengan Bersatu apabila Parlimen dibubarkan kelak.
“Kenyataan atas nama BN yang merayu kepada Agong menitahkan sidang Parlimen diadakan tidak disepakati oleh parti komponen BN jelas menghakis kredibiliti Zahid sebagai pengerusi BN,” katanya.
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, masa depan politik Zahid semakin “gelap”.
“Tindakan sesetengah pihak mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Zahid atas nama presiden Umno atau pengerusi BN menimbulkan pertanyaan ke atas kedudukan Zahid sendiri.
“Apa lagi dengan publisiti meluas ke atas perbicaraan dalam kes rasuah Zahid ketika ini yang menjadikan kewibawaan Zahid dan Umno agak tercemar hingga memungkinkan akan ada cubaan untuk menggulingkan beliau dari dalam parti,” katanya.
Kamarul berkata segala persoalan akan terjawab ketika perhimpunan agung Umno pada 28 Mac ini bagi melihat hala tuju sebenar parti Melayu itu.
“Ini kerana mengikut Perlembagaan Umno kuasa tertinggi Umno terletak pada PAU dan apa pun boleh berlaku dalam PAU kali ini serta yang seterusnya bakal menyaksikan pemilihan kepimpinan baru Umno,” katanya.
Sumber: MalaysiaNow
Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (0066) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
ReplyDelete1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.Dukun Pelet Sakti
7.Dukun Santet Ganas
8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
" ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "
UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,
AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI
..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ )..
«082-313-336-747»
..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!