RM500,000 Jika Mati, Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid-19


PUTRAJAYA: Bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19 sebanyak RM500,000 akan diberi kepada penerima vaksin di negara ini, jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu dipersetujui kerajaan dengan pemberian bantuan kepada penerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).


Selain itu, katanya, bantuan RM50,000 diberi jika berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.

“Bagi memastikan usaha kerajaan ini berjalan lancar, dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini merupakan langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan daripada penggunaan vaksin selain ia dapat menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga mereka yang mungkin terjejas,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di sini hari ini.


Adham berkata, bantuan itu akan diberikan kepada penerima vaksin terkesan setelah dinilai oleh tiga jawatan kuasa yang ditubuhkan di peringkat kementerian bagi memantau dan menilai kesan vaksin terbabit.

Katanya, Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin Covid-19 bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan Imunisasi (AEFI) dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin.

“Kedua, Jawatankuasa Teknikal Perubatan untuk menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait dengan vaksin Covid-19. Penilaian akan dibuat secara ‘case to case basis’ berdasarkan bukti yang diterima dan laporan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Bagi Pemantauan Vaksin Covid-19.

“Ketiga adalah Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 untuk memberi kelulusan bantuan khas kewangan berdasarkan keputusan kedua-dua jawatan kuasa itu,” katanya. -UTUSAN

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post