Siti Hasmah Jelaskan Kenapa Beliau Terima Vaksin Bukan Atas Kapasiti Isteri MP Langkawi


PETALING JAYA: Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Ahli Parlimen Langkawi menjelaskan bahawa dirinya menerima suntikan vaksin Covid-19 bukan atas kapasitinya sebagai isteri wakil rakyat, sebaliknya sebagai warga emas yang mampu merangsang warga emas lain untuk turut menerima vaksin.

Siti Hasmah berkata, keputusan membenarkan dirinya disuntik vaksin Covid-19 itu dibuat disebabkan percaya masih ramai warga emas di seluruh negara, termasuk di Parlimen Langkawi yang mempunyai keraguan terhadap vaksin berkenaan.

“Saya datang ke Langkawi temani suami, kerana dia Ahli Parlimen di sini, dia lagi berhak menerima vaksin. Saya ini sebagai warga emas, saya bukan datang sini untuk dapatkan vaksin sebab saya ini isteri kepada Dr Mahathir Mohamad, tidak. Saya sebagai warga emas, yang ada perangsang sikit untuk rakyat Langkawi khasnya untuk menerima vaksin.

“Saya percaya ada antara kita was-was dengan suntikan vaksin sebab mereka tidak faham dan tidak tahu. Saya benarkan diri dicucuk vaksin Covid-19 ini kerana mahu galakkan orang lain dan masyarakat berbuat demikian. Saya tahu ada antara kita was-was, curiga, risau mengenai kesan sampingan,” katanya dalam rakaman video sempena hari wanita.

Siti Hasmah, yang kini mencecah usia 95 tahun adalah antara individu tertua di negara ketika ini, dan beliau serta suaminya Mahathir menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Langkawi pada Ahad.

Siti Hasmah turut menggalakkan masyarakat untuk segera mendaftarkan diri terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang keputusan untuk menerima atau menolak vaksin berkenaan.

“Mana tahu, selepas tengok saya menerima suntikan vaksin ini, masih sihat dan bertukar fikiran untuk terima suntikan, jadinya nama kita sudah ada di situ, senang. Khasnya, untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU), yang menjadi keutamaan dahulu. Tolong daftarkan nama untuk terima vaksin ini,” katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya menerima suntikan vaksin, Siti Hasmah membayangkan ia adalah sama seperti gigitan semut, yang menurutnya tidak sakit dan tidak memberi kesan untuk tempoh yang lama. Bahkan, beliau juga boleh meneruskan aktiviti bermain violin selepas beberapa jam menerima vaksin itu.

“Senang sahaja mereka cucuk, rasa jarum dimasukkan ke dalam tubuh dan bila dipamkan vaksin itu, sikit sahaja, macam kena gigit semut. Selepas itu, langsung tidak ada rasa apa-apa. Syukur Alhamdulillah, bila balik boleh pula main violin, saya fikirkan tidak boleh. Jadi, sama-sama kita jaga diri kita, negara kita daripada Covid-19,” katanya.

Sumber: FMT

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (0066) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..


    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post