Sudahlah Rentas Negeri Tanpa Kebenaran.. Maki Polis Pulak Tu..


KULIM: Sepasang suami isteri ditahan polis atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang penjawat awam ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) COVID-19, di Jalan Junjong, Kulim semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, anggotanya menahan kereta jenis Honda Jazz hitam yang dinaiki pasangan suami isteri itu bersama seorang kanak-kanak lelaki.


Beliau berkata, pasangan itu dari arah Pulau Pinang memaklumkan, mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anaknya ke Kedah namun gagal menunjukkan surat dokumen berkaitan persekolahan.

"Anggota polis berkenaan cuba menjelaskan secara berhemah dan tegas kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan rentas negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.

"Anggota polis itu kemudian meminta kad pengenalan dari lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin namun pasangan suami isteri itu keluar dan memaki hamun anggota terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Azhar berkata, berikutan itu pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

"Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021," katanya.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post