Tak Ada Nombor HP Anwar Ibrahim Ke Lid?

“Kenapa awak nak tolong dia? Dia berpaut pada PAS dan pihak lain, malah dekat Kelantan dan Terengganu pun dia nak berpaut dan bekerjasama dengan PH.

Itu soalan yang dibangkitkan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Khalid samad dalam satu bual bicara dalam talian di Facebook Jom Channel semalam.


Rasanyalah.. sepatutnya soalan itu ditujukan oleh Khalid kepada Anwar Ibrahim.. bukannya ditanya kepada moderator..

Sebab yang sibuk nak berunding atau bekerjasama dengan UMNO itu ialah Presiden PKR itu sendiri..

Tak ada nombor HP Anwar Ibrahim ke Lid?..

PH tak seharusnya mendedahkan dirinya kepada risiko dengan membantu Umno, di saat parti itu kini sedang bergelut dan terpaksa bergantung kepada parti lain, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid samad.

Bagi Khalid, PH kini perlu memberi tumpuan untuk membina kekuatan sendiri.

"Umno tak sekuat dulu...Sekarang, dalam keadaan kita tahu mereka tak kuat, sepatutnya kita bergerak untuk kukuhkan PH. Jangan kita nak bantu Umno pula.

“Kenapa awak nak tolong dia? Dia berpaut pada PAS dan pihak lain, malah dekat Kelantan dan Terengganu pun dia nak berpaut dan bekerjasama dengan PH.

“Jadi kita kena bijak menangani keadaan ini. Jangan sampai kita serah, hulur tengkuk kepada Umno. (Pihak dalam PH kata) 'kita tak kuat', (tapi) kita hulur tengkuk kepada Umno pula,” katanya dalam bual bicara dalam talian di Facebook Jom Channel semalam.

Amanah dan DAP dilihat semakin kecewa dengan usaha Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk merapati kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Berbanding menjalinkan hubungan dengan Umno, mereka sebaliknya mendesak Anwar untuk menyatupadukan barisan pembangkang, termasuk Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ikatan Demoktratik Malaysia (Muda) dan Warisan - yang tidak begitu diterima PKR.

Kata Khalid lagi, tidak mengapa jika PH mahu bersikap terbuka untuk merangka strategi kerjasama di beberapa kerusi untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Tapi secara rasminya, PH mesti dilihat kuat, teguh, tegas. Kita nak budaya politik yang baru, nak menolak budaya politik BN - budaya kleptokrat, politik wang, perkauman dan sebagainya.

“Kita nak satu permulaan baru, nak habiskan cerita yang tak sempat kita habiskan sebelum ini kerana hanya mendapat 22 bulan (untuk mentadbir negara),” katanya lagi ~  Malaysiakini

Atau.. berani persoal dari jauh saja?.. kat depan menikus..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post