Kononnya lagi.. "Beberapa individu yang diketuai oleh seorang yang bergelar "Dato Seri" sedang giat aktif dalam aktiviti beli membeli ini demi satu matlamat untuk menyelamatkan kerajaan Muhyiddin Yassin yang kini berada dihujung tanduk"
Aku kata konon tu sebab langsung tak betul cerita dari FB Ops Johor tu..
Ahli Parlimen PKR, YB Natrah Ismail menafikan..
Ahli Parlimen PKR Natrah Ismail mengesahkan bahawa tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta sebagaimana dakwaan yang tular dalam sebuah akaun Facebook dikenali sebagai Ops Johor.Pengesahan itu dibuat selepas beliau hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Segamat, Johor hari ini bagi memberi keterangan berkeanaan isu tular tersebut.Dalam sebuah kenyataan SPRM berkata pihaknya menerima kehadiran Natrah yang merupakan ahli Parlimen Sekijang bagi membincangkan isu beliau ditawarkan rasuah oleh dua individu dalam usaha memujuknya melompat parti.“Dalam pertemuan tersebut, YB Natrah mengesahkan bahawa tiada tawaran rasuah berjumlah RM 10 juta sebagaimana yang didakwa menerusi kenyataan akaun Facebook yang dikenali sebagai Ops Johor.“Bagaimanapun, SPRM akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dengan beberapa saksi kes termasuk keterangan YB Natrah akan diambil dalam masa terdekat.Dalam kenyataan yang sama SPRM turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebagarang spekulasi berhubung kes tersebut.Laporan penuh sila baca di SINIEntah dari manalaa Ops Johor kutip cerita tu..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!