25 April Penentu Hayat Kerajaan PN?

 

Adakah tarikh 25 April ini bakal menentukan hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijadual bermesyuarat bagi membincangkan agenda besar itu?

Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada hujung bulan lepas sebulat sua­ra memberikan mandat kepada MT untuk menentukan tempoh kepada UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.


Ini adalah mesyuarat MT pertama UMNO selepas perhimpunan pada 28 Mac lalu.

Selain itu, keputusan sama ada pemilihan UMNO diadakan seperti dijadual atau ditangguhkan dijangka turut dibincangkan dalam mesyuarat pada Ahad ini.


Sumber memberitahu, mesyuarat dijangka berlangsung pada pukul 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

“Mengikut jadual, ia diadakan pada 25 April ini. Ia akan membincangkan perkara diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebelum ini dengan memberi mandat kepada Presiden dan MT untuk putuskan beberapa perkara.

“Ia termasuk tempoh sokongan kita kepada PN dan pilihan raya umum mesti diadakan pada 1 Ogos atau tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan,” kata sumber itu semalam.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya PN tidak membubarkan Parlimen sebelum atau selepas tempoh darurat 1 Ogos, UMNO akan menarik diri daripada menyokong kerajaan sedia ada.

Sementara itu, di Pontian, Johor, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkata, mengikut perlembagaan parti, kuasa untuk mengadakan pemilihan UMNO terletak pada MT yang akan membuat keputusan pada mesyuarat tersebut.

Mengesahkan mesyuarat itu diadakan pada bulan Ramadan ini, beliau berkata, mesyuarat sama akan memutuskan tarikh mesyuarat di peringkat cawangan yang melibatkan 21,833 cawangan UMNO termasuk di peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Menurut beliau, sekiranya pemilihan parti diadakan, 191 bahagian UMNO pula akan mengadakan persidangan masing-masing melibatkan empat peringkat termasuk sayap-sayap berkenaan dengan 764 mesyuarat berlangsung.

“Keputusan mengadakan pemilihan UMNO terletak di tangan M. Berdasarkan kepada perlembagaan parti, mesyuarat perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun yang mana kali terakhir pada 2018.

“Malah, perlembagaan juga menyebut (mesyuarat boleh) ditangguhkan kepada 18 bulan yang dibenarkan oleh peraturan itu sebagaimana dilakukan sebelum ini,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama pelajar di Madrasah Al-Hassan, Pekan Kayu Ara Pasong, Pontian malam kelmarin.


Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, UMNO kini mempunyai keahlian 3,359,368 juta orang iaitu parti yang mempunyai keahlian teramai di negara ini.

“Dengan keahlian yang ramai, MT akan menentukan kaedah pemilihan sesuai supaya semua berpeluang menghadiri mesyuarat sama ada di peringkat cawangan, bahagian seterusnya MT sendiri,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap semua pihak menyerahkan kepada kebijaksanaan MT untuk membuat keputusan yang tentunya mengambil kira banyak faktor demi kepentingan parti.


Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin menggesa pemilihan parti diadakan segera sebaik tempoh matang kepimpinan parti tamat.

Ahli Parlimen Rembau itu juga menggesa MT mengadakan pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang sedang melanda.

Sumber: Utusan

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (3399) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post