Bukan Sebab Nak Berbuka Awal Azan Dilaung Awal Rupanya.. Tapi..

 

PETALING JAYA – Pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak di Batu Caves, Selangor mengesahkan berlaku kesilapan melaungkan azan Maghrib awal tiga minit sebelum waktu sebenar kelmarin.

Nazir masjid, Wan Nawawi Wan Dagang berkata, insiden yang berlaku pada hari ketujuh umat Islam berpuasa itu disebabkan masalah teknikal pada paparan jam digital waktu azan di masjid berkenaan.

“Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa mereka telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti.

“Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan kebanyakan ulama Hanbali yang bersepakat menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diganti,” katanya dalam satu kenyataan yang tular di media sosial sejak semalam.


Beliau turut menasihati jemaah yang terlibat mengikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu mengganti puasa disebabkan insiden seumpama itu.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan insha-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya.


Seorang saksi yang berada di dalam masjid ketika perkara itu berlaku berkata, bilal bertugas melaungkan azan sebanyak tiga rangkap sebelum sempat dihentikan jemaah yang menyedari kesilapan paparan skrin jam digital itu.

“Dalam hal ini jemaah yang berbuka puasa di masjid ketika itu tidak terus makan kerana kami memang sentiasa melihat jam dan mengetahui waktu sebenar berbuka puasa.

“Nazir juga sudah memberi penjelasan terbuka kepada jemaah masjid sebelum kami mengerjakan solat tarawih semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau yang enggan dikenali dan merupakan seorang pendakwah bebas melihat perkara itu dari sudut positif dan berharap masyarakat dapat mengambil iktibar dan tidak mengambil ringan berhubung waktu berbuka puasa.

“Harap kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dan mengulangkaji terutamanya mengenai ilmu ibadat puasa,” katanya.

Pihak pengurusan Masjid Al-Khairiyah ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kebenaran perkara itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana penjelasan rasmi sudah dikeluarkan nazir. – K! ONLINE


Berdasarkan penulisan dalam siri Bayan Linnas terbabit oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang juga Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu [kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)], menyatakan bahawa isu tersalah azan maghrib sebelum masuk waktu adalah lebih cenderung kepada batal puasa.

Justeru, wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah qada puasa itu berdasarkan beberapa hujah.

"Umum nas al-Quran Surah al-Baqarah Ayat 187, kaedah fiqah yang menyebut 'asal bagi sesuatu perkara ditentukan dengan waktu yang paling hampir', kaedah fiqh yang menyatakan 'tidak diiktibarkan dengan zhan atau sangkaan yang nyata salahnya' serta penyataan Imam Malik dalam al-Muwatta', 1/303.

"Kami tegaskan di sini bahawa dalam era moden ini, boleh dikatakan tiada yang tidak mempunyai jam, takwim mahupun aplikasi dalam telefon pintar yang menyatakan waktu berbuka.

"Maka, sewajarnya kita lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru berbuka puasa sebelum disahkan dengan yakin," katanya.

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (3399) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post