Jika Benar Difitnah, Sila Buat Laporan Dari KPN Kepada Zahid Dan Anwar



Laporan ini disiarkan oleh AstroAwani pada 09 April 2021 jam 2:49pm setelah lebih dari 24 jam rakaman audio perbualan telefon yang didakwa sebagai perbualan Anwar dan Zahid tersebar...

Menurut Ketua Polis Negara beliau tidak dimaklumkan laporan Polis telah dibuat oleh Ahmad Zahid mahupun Anwar Ibrahim.. 

Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

MELAKA: Polis menasihati Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat laporan berhubung rakaman audio perbualan telefon yang tular, sekiranya benar diri mereka difitnah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima tujuh laporan daripada pelbagai pihak dan sehingga pagi Jumaat, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh dua pemimpin politik itu atau wakil mereka.

“Setakat ini tujuh laporan telah diterima dan kita lihat daripada tempoh, reaksi orang ramai terhadap audio tersebut. Sekiranya ia sampai ke tahap orang ramai sudah rasa bimbang dan gusar, kita akan jalankan siasatan.

“Saya tidak dimaklumkan (laporan dibuat Ahmad Zahid dan Anwar), kita tunggu sahaja lah, kalau betul mengatakan beliau difitnah, tampillah membuat laporan demi kebaikan juga,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Bersepadu Op Khazanah (OBK) Siri 7, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir.

Mengulas lanjut ujarnya, analisis bagi menentukan ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang tular juga akan dilakukan sejurus pihak polis menerima laporan daripada salah seorang individu yang didakwa terlibat.

“Itu tindakan susulan yang mana apabila laporan dibuat oleh seseorang yang mengatakan difitnah itu, kita akan terus membuka kertas siasatan.

“Hanya selepas itu pihak polis akan proses dan menganalisis rakaman audio itu untuk menilai bukti atau apa sahaja yang diperlukan,” tambahnya.

Pada Rabu, tular di laman sosial rakaman suara panggilan telefon berdurasi empat minit 17 saat mirip Anwar yang memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Bagaimanapun Ahmad Zahid menyangkal dakwaan penglibatannya di dalam rakaman suara tersebut.

Sumber: AstroAwani

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post