Hang Nak Kena Pecat Ka Khairy?



KANGAR: Gesaan supaya pemimpin UMNO yang sedang berkhidmat sebagai menteri agar melepaskan jawatan masing-masing menjelang Ogos tidak boleh diguna pakai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menegaskan, beliau hanya berpegang kepada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang tidak menyatakan sebarang tarikh bila perlu melepas jawatan.


“Yang cakap Ogos itu ’Taj Mahal’, (Pengarah Pilihan Raya UMNO) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Jadi beliau tak boleh cakap begitu.

“Kita perlu dengar arahan dan apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.


Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, UMNO memuktamadkan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga darurat berakhir pada Ogos ini.

Meskipun perkara itu tidak dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC), namun Tajuddin memberitahu, ia memperakui keputusan yang ditetapkan sewaktu Perhimpunan Agung 2020, 28 Mac lalu.

Tajuddin dalam temubual dengan sebuah portal berita awal bulan lalu turut memberitahu, ahli-ahli UMNO yang kini sedang berkhidmat sebagai menteri akan melepaskan jawatan masing-masing menjelang Ogos depan.

Pelepasan jawatan tersebut juga termasuk mereka yang memegang jawatan timbalan menteri dan pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau sebelum ini, menyatakan kesediaan melepaskan jawatannya dalam Kabinet jika diarahkan UMNO.

Katanya, sebagai ahli organisasi terbabit, beliau terikat dengan keputusan parti dan pembuat keputusan tertinggi adalah Majlis Tertinggi (MT) ~ Utusan Malaysia


Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post