Ohh.. Najib Rupanya Yang Digossip Dengan Ziana Zain Tu...

 


Rasanyalah ramai yang tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan dengan 'VIP TERNAMA' dalam satu kenyataan ringkas oleh Ziana Zain yang disiarkan oleh Astro Awani itu..

Tapi.. bila Najib sendiri dalam laman facebook miliknya dah mengaku bahawa yang dimaksudkan dengan 'VIP TERNAMA' itu ialah dirinya..

Rasanya yang tak tahu pun dah tahu dan mula ambil tahu pasal cerita itu...

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata tuduhan yang mengaitkan dia mempunyai skandal dengan seorang artis akhirnya terjawab.

Tanpa menyebut nama artis berkenaan, Najib memuat naik artikel jawapan Ziana Zain menjawab gosip yang mengaitkannya dengan “VIP ternama”.

"Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab.

"Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia (Ziana)," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Hantaran itu disertakan pautan artikel yang melaporkan Ziana menjawab dakwaan dia mempunyai hubungan sulit dengan VIP ternama.

Menurut laporan Astro Awani Ziana membuka mulut menjawab tohmahan berkenaan selepas lebih 20 tahun gosip terbabit berlegar.

Ketika ditemu bual, Ziana berkata dia berdepan dengan gosip berkenaan ketika berada di puncak populariti.

"Bila kita tengah top orang akan cuba menggosipkan kita dengan perkata-perkara yang kita tidak pernah buat," kata Ziana dalam temu bual berkenaan.

Dalam pada itu, Najib turut membuat naik artikel portal berita propembangkang yang menuduhnya pernah ditangkap khalwat dengan artis berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Aku rasalah.. kalau Najib buat bodoh pun tak ada siapapun nak ambil tahu siapa yang dimaksudkan dalam laporan oleh AstroAwani itu..

Tapi bila Najib dah mengaku.. ramailah yang Google cari cerita tu...

Betullah orang kata.. kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata-kata..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post