Setelah Pas mengambil keputusan memilih Bersatu selepas diberikan kata dua oleh Umno, bukan akar umbi Umno sahaja yang susah hati, para peniaga juga menjadi mangsa.
Peniaga kopiah Penyatuan Ummah yang berlogokan Umno + Pas paling sengsara apabila kopiah mereka dijangka tidak akan laku lagi selepas kedua-dua mereka bercerai akibat keputusan Pas memilih Bersatu.
Hasilnya mereka terpaksa menawarkan potongan 50 peratus kepada pelanggan yang masih mahu membeli kopiah puteh perpaduan ummah itu.
Jualan dengan potongan harga 50% itu dibuat melalui laman perniagaan Shoppe.
Kalau selama ini harganya antara RM57 – RM66, kini tawaran diberikan dengan harga RM28.50 – RM33 sahaja.
Selepas itu, apabila ia tidak berjaya juga dijual, harganya dijatuhkan lagi kepada RM9.90 ke RM13.90 sahaja.
Namun sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang jualan berjaya dibuat walaupun selepas potongan 50 peratus dan potongan harga lagi diberikan.
Mahfuz membuat naik status melalui Twitternya tentang cerita Kopiah Penyatuan Ummah.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar antara pihak yang awal sedar tentang implikasi yang berlaku apabila Pas memilih Bersatu selepas diberikan katadua oleh Umno dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini.
Naib Presiden AMANAH itu membuat perkongsian itu menerusi Twitter beliau malam tadi.
Sumber:
Malaysiadateline
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!