Tiada Kerjasama Dengan UMNO – Anthony Loke


KAJANG – Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar perlu membawa cadangan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan UMNO kepada pengetahuan Majlis Presiden jika perkara itu benar-benar wujud.

Namun, setakat ini perkara itu belum timbul lagi, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.


Tetapi, menurutnya, sekiranya perkara itu benar, perlu ada garisan merah yang perlu dipegang oleh PH dalam membentuk kerjasama dengan UMNO.

“Setakat ini belum timbul lagi (kerjasama dengan UMNO dibangkitkan dalam Majlis PH) sebab kalau ada, kena bincang dan dilaporkan pada Majlis Presiden PH.


“Kita sudah menyatakan secara jelas dan prinsip kita boleh ada kerjasama untuk menarik sokongan pelbagai pihak tapi ada garisan merah yang perlu dibuat,” jelasnya kepada media selepas menjadi tetamu Program bual bicara MintaTV: Bicara tokoh bertajuk ‘Malaysia Di mana dan Ke mana kita’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN), semalam.

Antara syaratnya ialah tidak boleh memasukkan pemimpin kleptokrat yang disabitkan kesalahan dari segi rasuah dan sebagainya.

”Ada garis merah disitu dan saya cukup yakin ia difahami oleh Anwar,” tambah beliau lagi.

Ditanya mengenai sekiranya berlaku kerjasama antara UMNO, PKR dan DAP, Anthony berkata, percaturan di atas kertas tidak sama seperti percaturan politik sebenar pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kelak.

Jelasnya, segala kemungkinan boleh berlaku pada PRU15 kali ini tetapi biar pengundi yang membuat keputusan mereka.

“Politik ini perlu ada penerimaan daripada penyokong dan pengundi. Tetapi DAP telah memutuskan tidak ada kerjasama dengan UMNO pada PRU15. Begitu juga UMNO kata No DAP.

“Kita kembalikan mandat kepada rakyat. Biar rakyat buat keputusan dan kita lihat bagaimana keputusan itu. Yang paling penting bagi PH, kita boleh membentuk kerajaan. Itu keputusan yang paling ideal.

“Tapi kalau tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan apakah ada ruang untuk bekerjasama, itu kena lihat keputusan PRU15,” katanya lagi.


Dalam pada itu, kata Anthony, DAP akan menggerakkan satu petisyen mendesak agar sidang Dewan Rakyat dibuka semula.

Usaha ke arah itu telah digerakkan bagi mendapatkan tandatangan 220 Ahli Parlimen untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Hari Raya Aidilfitri.


Jelasnya, usaha untuk mendapat tandatangan daripada Ahli-ahli Parlimen bukan sahaja di pihak PH tetapi sesiapa sahaja.

Kalau ada Ahli Parlimen UMNO sanggup tandatangan, pun alu-alukan,” katanya lagi.

Pada 24 Februari lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat perdana menteri.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 3 Mac berkata, kerajaan memutuskan masih tiada keperluan lagi untuk mengadakan sidang Parlimen ketika tempoh darurat.

Katanya, Jemaah Menteri membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira beberapa faktor merangkumi aspek perundangan dan kesihatan. – MalaysiaGazette

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post