Walau Dinafi Anwar, Annuar Yakin 100% Audio Itu Tulen..

 

Selepas Ahmad Zahid Hamidi menafikan, Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga turut menafikan bahawa beliau adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden UMNO yang tersebar itu.

Ketua pembangkang itu turut mendakwa gerakan fitnah tersebut sengaja direka pihak tertentu menggunakan PKR untuk menyerang pimpinan Umno.

“Ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam UMNO, nak gunakan kononnya perbualan saya dengan Zahid untuk politik Bersatu (PPBM) nak menikam pimpinan Umno. Ini bukan kerja saya.

“Kita tak mudah tergugat dengan fitnah ini. Zahid pagi tadi (semalam) menafi keras, saya pada malam ini ingin menyatakan bukan saja penafian, tetapi ternyata ia menunjukan betapa gundah gulana pimpinan negara mencari apa sahaja tipu helah.

“Dia ugut, beli orang, rasuah tak makan, maka mereka sebarkan fitnah,” dakwa Anwar ketika berucap semasa melancarkan bilik operasi PKR di Selangor malam tadi.

Bagaimanapun Anuar Musa yang mendakwa telah mendengar rakaman tersebut hingga 10 kali yakin dengan ketulenan rakaman itu dan ini mengecewakan beliau..

Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa yakin suara dalam rakaman perbualan yang bocor antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid adalah tulen kerana pengecaman suara itu tidak sukar dilakukan kerana beliau mengenali rapat kedua-dua mereka.

“Setakat saya buat pengecaman suara itu saya, pasang 10 kali.

“100% suara tulen bukan orang buat-buat. Ia sangat mengecewakan saya,” kata Annuar.

Menurut Annuar, Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini membuat ketetapan secara sebulat suara bahawa “No DAP, No Awar.”

Namun tidak sampai 24 jam, beliau berkata jelas perkara lain pula yang dilakukan presiden Umno itu.

“Jadi kita dari Umno Bahagian Ketereh sudah beri sokongan, kita sudah di being misled.

“Kita dah bagi sokongan itu, jadi kita rasa nak tarik balik sokongan itu,” katanya.

Beliau turut mendesak Zahid untuk jujur mengenai perkara itu kepada seluruh ahli Umno dan menasihatkan jangan menyalahkan orang lain.

Annuar berkata sebagai seorang ahli politik mereka perlu menjadi jujur dalam setiap perbuatan yang mereka lakukan.

“Saya harap presiden berani bertanggungjawab.”

Annuar Musa turut melahirkan rasa syukur pada sidang media hari ini, mengatakan pada ketika ini ahli Umno sendiri sudah dapat menilai dakwaan-dakwaan yang beliau utarakan selama.

“Saya rasa sudah makin ramai ahli Umno kini percaya dan memahami perkara sebenar yang saya katakan sebelum ini.

“Alhamdulillah sudah ada bukti yang nyata mengenai apa yang saya perkatakan selama ini.”


Semalam, MalaysiaNow mendedahkan sebuah rakaman audio berdurasi empat minit dua pemimpin parti politik itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan Umno bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam rakaman itu, Zahid juga turut mengungkapkan terima kasih kerana Anwar memberikan sokongan moral kepadanya.

MalaysiaNow yang menerima rakaman tersebut melalui sumber yang dipercayai boleh mengesahkan suara-suara yang dirakam tersebut adalah tulen milik dua pemimpin parti itu.

Kedua-dua pemimpin parti itu juga turut menafikan perbualan tersebut, dan menghantar pegawai masing-masing untuk melaporkan perkara berkenaan kepada polis.

Dalam pada itu, Annuar berkata Zahid perlu mencontohi bekas perdana menteri Najib Razak yang berani bersumpah ketika pelbagai tuduhan dilemparkan kepada beliau.

Kerana jika sekiranya siasatan polis menunjukkan hasil siasatan yang tidak berpihak kepada mereka, mereka akan dakwa wujud konspirasi pula.

“Saksi itu, mereka berdua yang bercakap dan Allah subhanahu wata’ala sahaja.

“Mungkin juga Zahid dan Anwar boleh pergi ke masjid bersumpah. (Atau) pergi ke masjid Kampung Baru berdua.”~ MalaysiaNow

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post