Zahid Diminta Letak Jawatan Jika Berpakat Dengan Anwar



ARAU : Kebanyakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO cukup kecewa dan merasa seolah-olah dipermainkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang di belakang mereka cuba menjalinkan kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malah, jika audio perbualan antara Ahmad Zahid dan Anwar itu benar, presiden secara tidak langsung telah mempergunakan MT di dalam mesyuarat dan Perhimpunan Agung UMNO untuk menipu ahli, perwakilan serta Ketua-Ketua UMNO Bahagian semata-mata hanya untuk mencapai matlamat tertentu.

Sehubungan itu, seorang MT UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta Ahmad Zahid meletak jawatan jika beliau mahu berpakat dengan Anwar.

Kata Ketua UMNO Bahagian Padang Besar itu, Ahmad Zahid dan Anwar juga diminta jujur dan berterus terang kepada rakyat jika benar ada pakatan di antara kedua-kedua pemimpin tersebut.

Selain itu, katanya, Ahmad Zahid juga perlu segera membuat laporan polis bagi memberi ruang pihak berkuasa menyiasat ketulenan audio tersebut bukan terus berdiam diri.

“Kita harap laporan polis dibuat bagi mengesahkan sama ada audio itu tulen atau tidak. Bagi UMNO, kalau Ahmad Zahid berpakat dengan Anwar, kita minta dia (Ahmad Zahid) letak jawatan.

“Anwar sebagai pemimpin PKR juga perlu berterus terang dan tidak perlu takut kata PKR hendak berpakat dengan UMNO. Kalau sembunyi, mana integriti mereka, berpura-pura kepada rakyat.

“Bagi saya, sebagai seorang MT berasa kecewalah, seolah-olah MT ini dipermain-permainkan. Depan cakap ‘No Anwar, No DAP’ tetapi di belakang, berhubung dengan Anwar, malah mengiktiraf pula sebagai cikgu dan anak murid,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Malaysia Prihatin peringkat negeri ini di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Dalam rakaman kira-kira empat minit itu, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Ahmad Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung UMNO.

Selain itu, suara yang didakwa Ahmad Zahid itu berkata, apa yang diucapkan ketika Perhimpunan Agung UMNO hanya bersifat taktikal.

Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, setakat ini, Ahmad Zahid masih belum memberi sebarang penjelasan kepada MT berhubung audio perbualan tersebut.

“Kalau boleh, Ahmad Zahid beri juga penjelasan kepada pihak media,” katanya.

Sumber: Utusan

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. IGP lantikan Tun Mahathir telah mem buka kertas siasatan berkenaan audio tersebut...!? Siasatan untuk apa..!? wallahualam bisawab..!!

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil bagi merakam keterangan berhubung isu rakaman audio perbualan telefon yang tular.

    Ketua Polis Negara lantikan Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan berkaitan perkara tersebut.

    IGP lantikan Tun Mahathir itu juga berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Tapak Padang Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang pada Sabtu.

    Menurutnya, setakat ini lapan laporan polis telah diterima berhubung perkara berkenaan. IGP lantikan Tun Mahathir iaitu Tan Sri Hamid Bador berkata “Proses tindakan siasatan akan diambil dan hasil analisa sedang ditunggu.

    Sekiranya ada, hasil analisa tersebut akan diangkut kepada Jabatan Peguam Negara. Persoalan sekarang sekira benar kes ini untuk klasifikasikan atas kesalahan undang-undang dan dibawah seksyen apa..!??

    Daripada audio rakaman itu disiasat lagi bagus disiasat video blur yang berlaku semasa Tun Mahathir berkuasa dan jadi PM Malaysia ketika itu. Elok disegerakan pencarian Jho Lo , Justo, Nik Faisal dan buka kertas siasat Zety dan keluarganya wang masuk account keluarga Zety di bank Singapura.

    Kesemua kes diatas sudah buat lapuran polis lebih satu tahun lamanya. Rakyat masih tertunggu hasil siasatan tersebut

    Buanglah semua pegawai lantikan Tun Mahathir Mohamad segera. Benda yang patut segera disiasat tidak dilakukan Macam tunggu kucing bertanduk.

    Selamatkan Malaysia

    Suma kerja gilo ini adakah dibawah arahan big bos kartel kerala..!!

    #hapuskartelkeralanegaraselamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Video semburit tak berani nak buat siasatan terperinci. Yg mengaku kena ketuk...pasangan bebas jadi menteri.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post