
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon sensasi Ziana Zain akhirnya membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan dekad 1990an.
Pada ketika itu, bintang francais Sembilu dan Maria Mariana, arahan Datuk Yusof Haslam, itu pernah digosipkan dengan seorang VIP ternama, namun Ziana jarang sekali mahu bercerita mengenai perkara itu.
Begitulah Ziana yang sinonim dengan sikap profesionalisme dalam kalangan media tempatan dan juga peminat tegarnya.
Baru-baru ini, menerusi satu temu bual eksklusif dalam slot "Stars@AWANI" yang disiarkan di platform media sosial Astro AWANI pada Ahad lalu, Ziana begitu telus menjawab persoalan ini.
Katanya, dia tidak pernah terfikir tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya menjadi satu penghalang untuk komited dengan kariernya dan terus berkarya.
"Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar. Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!" jelas Ziana ketika mengimbau perjalanan karier seninya sempena ulang tahun ke-30 Ziana dalam industri seni.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!