Ahli Politik Gila Kuasa Punca COVID Menggila di India?

Laporan dari Al-Jazeera mengatakan semalam India telah mencatatkan satu rekod baru dalam situasi pendemik COVID-19 dimana dalam masa 24 jam 412,262 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah yang dijangkiti melebihi 21 juta kes.

Jumlah kematian baru ialah 3,980 orang menjadikan keseluruhan yang meninggal kerana pendemik ini di India ialah 230,168 orang.


Hospital-hospital di India dipenuhi dengan pesakit koronavirus, saudara-mara pesakit berusaha mencari bekalan oksigen, dan krematorium serta tanah perkuburan hampir penuh dan pekerjanya berkerja tanpa henti untuk membakar dan mengkebumikan yang mati kerana COVID-19.

Semuanya dikatakan berpunca dari seorang Ahli Politik yang gila kuasa.. meskipun mengalami lonjakan kes Covid-19, lebih sebulan lalu, kerajaan India tetap nekad mengadakan pilihan raya peringkat negeri di lima buah negeri.


Perdana Menteri India, Narendra Modi tetap mengadakan rapat-rapat umum pilihan raya dengan orang ramai berbondong-bondong berhimpun serta melanggar peraturan jarak selamat dan memakai pelitup muka.

Laung Modi kepada penyokongnya di negeri Bengal Barat pada 17 April, sebelum pilihan raya tempatan...

"Saya belum pernah melihat himunan manusia yang begitu besar sebelum ini!"  

"Di mana sahaja saya dapat melihat, saya hanya dapat melihat manusia. Saya tidak dapat melihat apa-apa lagi. "

Ketika satu lagi gelombang jangkitan COVID-19 yang membunuh melanda India, Modi menolak untuk membatalkan Perayaan besar Hindu yang dihadiri oleh berjuta-juta orang. Pertandingan kriket, yang dihadiri oleh puluhan ribu, juga dilanjutkan.


Sebelum ini pada bulan Januari ketika kes surut, Modi dengan bangga berkata dalam Forum Ekonomi Dunia bahawa negara itu "telah menyelamatkan umat manusia dari bencana besar dengan mengawal korona dengan berkesan".


Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dianggotainya memuji "kepemimpinannya yang berwawasan", menjadikan India sebagai "negara yang bangga dan menang dalam memerangi COVID".

Pada pertengahan Mac, puluhan ribu menghadiri pertandingan kriket menentang England di stadium Narendra Modi di Gujarat, sebuah peristiwa yang membanggakan kebanggaan negara bahkan di tengah peringatan bahawa jangkitan semakin meningkat.

Pada 21 Mac, iklan di halaman depan surat kabar berbunyi: "Safe Clean Safe," ketika Modi dan sekutu politik menyambut penyembah Hindu ke Kumbh Mela, setu ziarah ke sungai Ganges yang menarik berjuta-juta sepanjang April.


Perlu diingat, pada bulan Mac 2020, pemerintahannya telah menyalahkan perhimpunan orang Islam seramai  3.000 orang atas peningkatan jangkitan pendemik ini..



 
Ini pendapat Pemerhati Politik..

KUALA LUMPUR – Walaupun berdepan peningkatan mendadak kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19, jutaan orang masih keluar mengundi pada fasa terakhir pilihan raya di India baru-baru ini.

Malah dunia menyaksikan bagaimana barisan panjang pengundi kelihatan di luar bilik undi ketika suhu meningkat dengan kebanyakan pengundi luar bandar gagal mematuhi penjarakan fizikal mahu pun memakai pelitup muka seperti disyaratkan.

Sehingga artikel ini ditulis, India telah merekodkan hampir 20.7 juta kes jangkitan dan hampir 226,000 kematian pada masa ini.

Bagi pemerhati politik, Azizi Safar berkata, sepatutnya menjadikan India sebagai satu pengajaran supaya ‘kesilapan’ seumpama itu tidak berlaku di negara ini.

“Parti Perdana Menteri India Modi, BJP kalah dalam pilihan raya di West Bengal. Kerajaan Modi dan partinya dikritik dengan hebat kerana lebih beri tumpuan untuk mengadakan pilihan raya dan bukannya kepada usaha-usaha memerangi Covid-19.

“Walaupun mengalami lonjakan kes Covid-19, lebih sebulan lalu, kerajaan India tetap nekad mengadakan pilihan raya peringkat negeri di lima buah negeri.

“Ketika perhimpunan kempen pilihan raya diadakan, ramai orang yang menghadirinya tidak memakai pelitup muka.

“Pakar-pakar menyalahkan sikap orang ramai yang mengambil mudah tentang Covid-19 hingga menyebabkan India beberapa kali merekodkan jumlah kes jangkitan baharu harian tertinggi di dunia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut Aiziz, apa yang berlaku di India boleh berlaku di negara-negara lain juga jika kurang disiplin diri dan ambil sikap sambil lewa dengan SOP yang ditetapkan.

“Bukan salah SOP. Ketidakpatuhan kepada SOP yang menjadi punca utama penularan COVID-19 sukar dikawal,” jelasnya.

Modi berhadapan dengan pelbagai kritikan kerana terlalu memberi tumpuan kepada pilihan raya dan tidak menjadikan pandemik yang sedang membelenggu negara itu ketika ini malah keadaannya semakin kronik ketika ini, katanya.

Malah ramai pakar menuding jari menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan kerana membenarkan rapat-rapat pilihan raya dan undi diadakan dengan orang ramai berbondong-bondong berhimpun serta melanggar peraturan jarak selamat dan memakai pelitup. – MalaysiaGazette

Semoga Allah jauhkan ahli politik jenis yang gila nak berkuasa hingga tak peduli apa ini dari negara kita hendakNya..


Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post