Tanpa menyelidik terlebih dahulu samada benar atau tidak ada pihak yang hendak menyumbangkan 2,000,000 dos vaksin Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, langkah menolak vaksin itu adalah jenayah..
“Ini ialah jenayah kerajaan Perikatan Nasional. Anda membenarkan sumbangan politik, tetapi sumbangan vaksin tidak dibenarkan. Kepala otak dia. Bagaimana ini berlaku?PUTRAJAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mendedahkan sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 yang dipolitikkan pimpinan DAP adalah satu aktiviti scam yang dilakukan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong tidak wujud.Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menegaskan, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang cuba mempolitikkan sumbangan itu satu perkara serius.Kata beliau, pihaknya sudah memeriksa maklumat mengenai syarikat dan individu yang kononnya mahu menyumbang vaksin itu adalah palsu, malah pihak Sinovac juga menafikan terdapat urusan sedemikian, manakala syarikat terbabit pula tidak wujud di Hong Kong.“Malah pagi tadi, saya sudah maklumkan pada Kon Yeow dan Guan Eng supaya jangan mempolitikkan PICK ini dengan isu sampah ini. Bagaimana Pulau Pinang boleh ditipu hingga menuduh Kerajaan Pusat menghalang derma dua juta untuk negeri itu.“Vaksin ini bukannya boleh dibeli seperti baju T di platform jualan atas talian. Apa yang senang diperkatakan, apa yang ditunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang yang didakwanya sumbangan adalah palsu dan scam,” katanya dalam sidang akhbar khas secara maya hari ini.Khairy berkata, beliau sangat kecewa dengan sikap Kon Yeow dan Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan yang mempolitikkan isu yang tidak betul sama sekali sehingga Kerajaan Pusat dihentam 24 jam.Katanya, selepas sidang media dua pemimpin terbabit, pegawai memaklumkan surat terbabit turut diterimanya pada 9 Februari lalu, kononnya untuk memberi sumbangan dua juta dos kepada Sabah.
“Perkara ini juga disuarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan pemeriksaan dengan Sinovac dan individu yang dikatakan pegawai syarikat pengeluar vaksin itu, semuanya tidak betul kerana tiada urusan sedemikian.“Malah saya sudah meminta Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk membuat laporan polis bagi menyiasat individu yang memperdayakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, namun saya harap Guan Eng dan Kon Yeow sepatutnya menyiasat perkara ini dahulu,” katanya.Semalam, Kon Yeow dalam sidang akhbar membidas tindakan Kerajaan Pusat yang menolak sumbangan sebuah syarikat swasta sebanyak dua juta dos vaksin pada Februari lalu.Malah, Guan Eng melahirkan rasa marah dan kecewa dengan pendedahan yang dibuat Kon Yeow dan bersedia berdepan sebarang tindakan termasuk sekiranya bekalan vaksin itu dirampas.“Sekarang ada yang mahu menderma vaksin kenapa tidak benarkan? Jika derma politik boleh, mengapa derma vaksin tidak boleh,” katanya.- UTUSAN ONLINE
Rekex la bro, penjelasan belum habis... sibuk nak cover kerajaan gagal dan semburit kau tu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBetul tu, tuan. Jika Kerajaan Pulau Pinang ditipu, itu bukannya penyelewengan. Kerajaan Persekutuan pula, jika dah tahu itu penipuan, kenapa tidak terus maklumkannya kepada Kerajaan Pulau Pinang. Ini tidak, terus sekat. Nampak sangat, kan, itu bertujuan memalukan kerajaan negeri. Anak Sungai Derhaka, lihat sikit sisi ini. Jangan cepat mangkakkan orang. Teruk betullah.
Deletehttps://www.gemilangdaily.com/gempar-syarikat-dituduh-scammer-oleh-khairy-tampil-tunjuk-bukti/
ReplyDeletedendam ASD kat anwar tak pernah reda dan tiada penghujung...FUCK YOU dan pergi jahanam la ASD... jangan jadi bacul, declare keluar PKR cepat!!!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!