Ambil Iktibar Dari India Kata Dr Noor Hisham

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 3,807 kes baru berbanding, 3,733 kes Covid-19 yang dicatatakan semalam. Jumlah itu kembali meningkat berbanding tiga hari lalu yang melebihi 4,000 kes.

Ini menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini 444,484 kes.

"Semua negeri mencatatkan kes baharu hari ini. Negeri mencatatkan pertambahan kes terendah ialah Labuan dan Perlis, masing-masing tiga kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa, sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 17 kes kematian disebabkan oleh Covid-19 dilaporkan. Semalam, 26 kematian dilaporkan yang merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan. Rekod tertinggi terakhir adalah pada 18 Feb lalu dengan 25 kematian.

MalaysiaNow pada 8 Mei lalu menyiarkan kenyataan Dr Noor Hisham yang menggesa supaya seluruh rakyat Malaysia mengambil iktibar dari India dan menjelaskan kenapa ordinan darurat diguna elak tsunami Covid-19..


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata kempen pilihan raya dan perhimpunan besar-besaran di India sehingga menyebabkan tsunami jangkitan Covid-19 berlaku di negara itu harus memberi iktibar demi mengelakkan keadaan serupa berlaku di Malaysia.

Beliau berkata kelonggaran sekatan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan India pada bulan Mac lalu telah mengakibatkan peningkatan kes positif serupa dengan apa yang pernah berlaku di Sabah susulan pelaksanaan pilihan raya (PRN) di negeri tersebut tahun lalu.

“Apabila 7 Mac pemimpin mereka telah isytiharkan kawalan pandemik Covid-19 amat baik dan akan tamat di India

“Jadi bila perkara itu dimaklumkan, ramai rakyat India dah tak patuh dengan SOP, sekatan diberikan kelonggaran, perhimpunan berlaku di pantai, dan perhimpunan berlaku di upacara keagamaan dan perkahwinan, dan jangkitan pun berlaku.

“Mereka juga mengadakan lima pilihan raya negeri. iaitu satu kempen melibatkan 200,000 orang, tiada penjarakan fizikal, dan tidak memakai penutup muka, jadi jangitan berlaku. Kita kena belajar dari India untuk elak pilihan raya.

“Kita amat bimbang sekiranya pilihan raya diadakan sama ada ia melibatkan pilihan raya kecil, negeri mahupun umum akan berlaku peningkatan kes seperti PRN Sabah dan ia akan menyukarkan usaha kita membendung penularan Covid-19.

“Kalau kita tidak menggunakan ordinan darurat, PRN Sarawak terpaksa diadakan iaitu pada bulan Jun. Dengan ada ordinan, kita boleh elakkan PRN Sarawak dan juga tiga pilihan raya kecil,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.


Noor Hisham berkata, sebarang langkah untuk mengadakan pilihan raya bermaksud perhimpunan secara besar-besaran akan diadakan.

“Sebagai contoh kluster Pasai yang merentas negeri dari Johor balik ke Sarawak telah menyebabkan lebih 2,000 jangkitan.

“Bayangkanlah kalau orang Sarawak balik daripada Sabah dan Semnanjung untuk mengundi di kawasan pedalaman, jadi jangkitan pasti akan berlaku.

“Inilah kebimbangan kita. Kalau jangkitan berlaku di kawasan pedalaman di Sarawak, pusat kesihatan kita mungkn tidak mampu mengesan dan merawat pesakit tersebut. Jarak kawasan pedalaman yang jauh, agak sukar untuk kita memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit tersebut.

Pada Januari lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah telah mengisytiharan Proklamasi Darurat sekaligus menangguhkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah mengisytiharkan darurat diambil di tengah-tengah ancaman beberapa ahli politik Umno untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kehilangan sokongan majoriti boleh menyebabkan pembubaran Parlimen dan pilihan raya perlu diadakan. Ia adalah sebuah senario yang dibantah Noor Hisham dan pegawai kesihatan kanan negara sejak tahun lalu ~ MalaysiaNow

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
    MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

    assalamualaikum wr, wb, saya BAPAK IKBAL saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan singapura 4D (9501)
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya.!!
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post