Apa Yang Zahid Hamidi Cakap Ni?



Menyedari rasa resah orang ramai dengan keadaan semasa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak wajar parti itu dipalitkan dengan "kegagalan PN".

Ia dibuat ketika keadaan politik negara dihangatkan dengan kemunculan pemidang "kerajaan gagal" di beberapa negeri dengan yang terbaru dikesan di Kelantan.


"Saya difahamkan ada usaha untuk memalitkan Umno dengan kegagalan kerajaan PN. Saya fikir perkara ini wajar diperjelaskan sekali lagi supaya semua lebih terang dan faham," katanya dalam hantaran di media sosial.

Bekas timbalan perdana menteri itu mengakui ada beberapa ahli parlimen Umno menganggotai kerajaan PN namun mendakwa ia tidak bermaksud parti terlibat menentukan dasar-dasar negara.

Katanya Ahmad Zahid segala ketetapan untuk negara - termasuk mengenai dasar berkaitan pengurusan pandemik Covid-19 - dibuat sepenuhnya oleh kerajaan PN.

"Penentuan dasar negara malah menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak Ordinan Darurat dilaksanakan," katanya lagi.


Kata Ahmad Zahid tidak adil untuk mengaitkan semua kegagalan PN dengan Umno hanya kerana beberapa ahli parlimennnya menerima tawaran menganggotai kabinet Muhyiddin.

"Justeru tidak patut ada pihak cuba 'menjebak' Umno dengan kegagalan kerajaan PN menangani penularan Covid-19," katanya.

Tambah ahli parlimen Bagan Datuk itu banyak pandangan diberikan Umno kepada PN melalui kaedah luar parlimen namun kebanyakan kurang diberi perhatian.

"Mengapa jadi begitu? Saya fikir semua orang boleh mengandaikan sebabnya," kata Ahmad Zahid.


Itu sebahagian dari laporan yang dipetik dari Malaysiakini..

Apa yang Presiden UMNO itu hendak sampaikan sebenarnya agaknya?.. bagaimana UMNO tidak wajar dipalitkan dengan apa yang dikatakan "Kegagalan PN" itu sedangkan sekurang-kurangnya 14 orang dari UMNO berada di dalam Kabinet Kerajaan PN?

Mereka yang dilantik ialah :-

01- Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
02- Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan). 
03- Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli 
04- Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, sebagai Menteri Pengajian Tinggi. 
05- Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican, sebagai Menteri Belia dan Sukan. 
06- Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilantik sebagai Menteri Luar Negeri 
07- Khairy Jamaluddin, pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 
08- Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique, sebagai Menteri Perpaduan Negara 09- Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebagai Menteri Kesihatan. 
10- Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid, sebagai Tim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). 
11- Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Tim. Menteri Dalam Negeri I 
12- Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Tim. Menteri Komunikasi dan Multimedia). 
13- Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Tim. Menteri Pertanian dan Industri Makanan I 
14- Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.

Nak perbodohkan siapa Zahid?

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. SEMUA yg terlibat dgn kerajaan tidak cukup kompeten. Kesian negara, kesian rakyat

    ReplyDelete
  2. Di balik langsir kerajaan pn mungkin hanya beberapa ekor dari serpihan bunga dan ahli baru bunga yg menentukan hala tuju mrk.Mereka masih berpandukan kpd kroni dan proksi dan mungkin legasi yg lama menguasai negara.
    Yg umno hanya tukang sampai berita atau jurucakap org2 terkanan.Kalau ada yg dlm umno hanya berkisar sebagai keldai.
    Kerajaan pn hanya kerajaan beberapa ekor dungu dgn beberapa org yg perasan hebat tetapi dungu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post