Guna Surat Kebenaran Operasi MITI Untuk Seludup Dadah



MELAKA - Sebuah sindiket penyeludupan dadah menggunakan surat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

Bagaimanapun, taktik berkenaan tidak berhasil apabila kegiatan mereka berjaya ditumpaskan polis dalam dua serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM4.2 juta.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu menahan empat suspek termasuk seorang ahli kimia.


Beliau berkata, sindiket yang aktif sejak setahun lalu menggunakan surat MITI palsu dengan mengisytiharkan mereka menjalankan perniagaan alat ganti kenderaan bagi membolehkan rentas negeri dan negara.

Menurutnya, serbuan pertama kira-kira jam 5.30 petang Rabu berjaya menahan sebuah kenderaan mewah jenis kereta Volkswagen Passat yang dinaiki dua lelaki di Tanjung Kling di sini.


"Dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 42 tahun didapati membawa dadah jenis syabu seberat 1.04 kilogram (kg) bernilai RM4.2 juta yang disembunyikan di but kereta dan sistem audio kereta yang telah diubah suai.

"Susulan penahanan dua individu itu, esoknya iaitu pada jam 6.40 pagi Khamis, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Muar, Johor dan menahan seorang lelaki bersama teman wanitanya.

"Turut dirampas ialah mata wang asing berjumlah RM713 selain barang kemas bernilai RM22,506," katanya ketika sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini pada Isnin.

Beliau berkata, hasil kerjasama APPM dan JSJN, polis berjaya menumpaskan sindiket yang merentas negeri dan negara untuk menghantar dadah berkenaan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malah dipercayai untuk pasaran luar negara.

Menurutnya, kesemua yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan salah seorang mereka juga pernah memiliki makmal dadah haram di Muar.

"Nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM117,116 termasuk tiga buah kereta jenis Perodua Myvi bernilai RM80,000," katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 19 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 59B Akta Dadah Berbahaya ~ SH

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post