KUALA LUMPUR: Tiada kesan sampingan yang teruk, sebaliknya, hanya demam sahaja yang dialami beberapa penerima suntikan vaksin AstraZeneca, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Hmmm... kalau tak percaya cakap Menteri-menteri tu.. berikut adalah kata pakar perubatan keluarga, Dr Tan Sing Yee mengenai kesan sampingan vaksin tersebut..
KUALA LUMPUR: Sakit badan dan demam bagi penerima vaksin AstraZeneca akan hilang dalam tempoh 24 jam, kata pakar perubatan keluarga, Dr Tan Sing Yee.Berkongsi maklumat di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Dr Sing Yee, berkata beberapa simptom biasa akan dialami penerima vaksin selepas suntikan dilakukan."Jangan risau jika anda sakit-sakit badan, demam atau sakit di tempat suntikan kerana ia akan hilang dalam tempoh 24 jam."Jika alami sakit yang kuat, tidak reda dengan ubat, rasa loya serta muntah, mata kabur, sesak nafas atau sakit dada segera hubungi doktor," katanya dalam satu video.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!