
SATU petisyen yang menggesa selebriti sensasi Neelofa menerima hukuman setimpal atas kesalahan berulang kali
melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditandatangani lebih 30,000 individu.
Tindakan selebriti itu kebelakangan ini menimbulkan kemarahan ramai sehingga netizen bersatu hati menyokong petisyen bertajuk
"Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera"
Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.
Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu.
“Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19
“Kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya,” tulis individu berkenaan pada petisyen itu.
Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah:-
1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt - Mac 2021 (tindakan telah diambil)
2. Honeymoom di Langkawi - Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)
3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet - Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan)
4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri - Mei 2021 (langgar SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)
Pada pagi Khamis, Neelofa dan Riz didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.
Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.
Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidiltri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickelds, Kuala Lumpur, pada Rabu ~ mSTAR
Petisyennya boleh dilihat di
SINI
Bgmn dia boleh rentas negeri dgn begitu mudah? Halimunan ka?
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!