Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan?



Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata, sekiranya sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menggangur pula dijangka mencecah satu juta.

Hampir 2.8 juta pekerja informal dijangka berdepan dengan risiko kehilangan punca pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan.

"Kesan PKP menyeluruh akan lebih dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal.

"Kita juga perlu ingat bahawa sektor pembuatan dan perkilangan juga menggaji ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah," katanya dalam sidang media secara dalam talian pada Sabtu.

Tengku Zafrul turut menegaskan, PKP penuh bukan sahaja akan meningkatan pengangguran tetapi juga mendatangkan kemudaratan kepada rakyat termasuk impak sosial yang akan mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.

"Semasa PKP 1.0, 68 peratus perniagaan melaporkan tiada jualan atau hasil semasa, 42.5 peratus perniagaan memerlukan lebih daripada enam bulan untuk pulih dan dua daripada tiga perniagaan mempunyai atau akan menanggung tunggakan hutang dalam tempoh enam bulan.

"Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengimbangi antara melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat adalah secara PKP yang bersasar dan dipeketatkan dan bukan PKP secara menyeluruh," 

Perdana Menteri pula secara peribadi mengakui melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) total seperti pernah dilaksanakan kali pertama pada tahun lalu adalah cara terbaik mengekang Covid-19.


Malah menurut perdana menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang mencadangkan pelaksanaan PKP total sebagai pilihan terbaik

Namun begitu Muhyiddin menjelaskan kesan ekonomi yang diakibatkan oleh pelaksanaan PKP total sangat besar dan ekonomi negara hampir runtuh sehingga beratus bilion diperlukan untuk memulihkan keadaan.

"Secara peribadi... itu (PKP total) adalah pilihan terbaik. Ia bermaksud penutupan penuh. Kilang-kilang juga tutup, semua orang duduk di rumah.

"Itu akan menjamin keselamatan dan lebih memudahkan keadaan untuk kerajaan dan KKM untuk menguruskan (pandemik),"

Tambah presiden Bersatu itu pelaksanaan PKP 1.0 dulu menyebabkan kerugian RM2.4 bilion sehari dan ramai orang kehilangan pekerjaan.

Untuk memulihkan keadaan, katanya, kerajaan membelanjakan RM340 bilion melalui enam pakej rangsangan ekonomi.

Tambah Muhyiddin pelaksanaan PKP 1.0 boleh menyebabkan kerugian sehingga setengah trilion ringgit kepada negara.

Ahli parlimen Pagoh itu secara spontan dan bergurau kemudian bertanya kepada wartawan yang menemu bualnya sama ada dia memiliki wang sebanyak itu.

"Kalau ada duit, bagi saya, saya kata kita boleh tutup semua," katanya pada sesi temu bual dengan Bernama TV.

Menurut perdana menteri lagi apabila PKP total ditamatkan mungkin sistem ekonomi negara sudah runtuh sepenuhnya.


Justeru kata Muhyiddin kerajaan cuba mencari keseimbangan di antara keperluan semasa rakyat dan negara.

"Saya tak mau lihat rakyat saya terkorban hanya kerana saya dan saya juga tak mahu ekonomi runtuh sehingga rakyat tak ada pendapatan dan kerajaan perlu bawa makanan ke rumah-rumah,"

Justeru katanya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP 3.0 diperketatkan seperti yang diputuskan baru-baru ini.

Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

Laporan dipetik dari AstroAwani dan Malaysiakini


Kesimpulannya.. kalau setakat makan minum emak bapak yang tanggung tak payah sibuklah nak pertikai kenapa kerajaan tetap tak mahu laksanakan 'Total Lockdown'..

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hanya ASD yg kini sokong kerajaan # gagal & #bodoh...walau pun ASD kini sejijik jijik makhluk... tanpa prinsip...buta mata...buta hati... buta perut. semata@ kerana sokongan dan setia pada azmin...FUCK you la ASD. berambus dari PKR...makhluk munafiq pengkhianat macam kamu ni tempatnya di jahanam.

    ReplyDelete
  2. Kalau rakyat menganggur masih ada harapkan pulihkan ekonomi yang runtuh.

    Tapi sebab nak elak menganggur dan nak jaga ekonomi, rakyat mungkin terkorban lebih dari PKP penuh.

    Bermakna mereka ada angka mengawal angka kematian dan angka pesakit.

    Sekarang mereka guna jumlah pesakit covid untuk PKP tapi selepas ini mereka akan guna kan jumlah kematian untuk PKP penuh.

    Macam ini kah yang di katakan jaga rakyat?

    ReplyDelete
  3. Kalau kerajaan pee h aku rasa lgi teruk..walau buat pkp penuh pun guan hen dan teo ni hancing akn terus bagi bantuan kat sekolah cina tp bantuan kat petani,nelayan,org bujang dan ibubapa tunggal akn disekat..hidup dapigs rasis!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post